Friday 26 October 2012

Penggunaan Internet dalam kalangan wanita di Afrika dan Latin Amerika


Pernahkah anda fikirkan situasi berikut :

( a) Pekerja wanita yang mengalami masalah tidak dapat akses kepada Internet sentiasa memerlukan bantuan daripada pekerja lelaki lain .  

(b) Kerja teknikal sentiasa dilakukan oleh pihak lelaki .  

(c) Dalam kalangan kawan – kawan anda , lelaki sentiasa merupakan “ pakar ” dalam penggunaan komputer. 


Kemunculan Masyarakat Informasi
Kemunculan Internet dalam abad ke – 20 telah mengisytiharkan manusia telah menjejak diri ke masyarakat yang baru iaitu masyarakat informasi .  Masyarakat kini penuh dengan informasi dan maklumat yang mudah didapati dan mudah dicari . Khayalan sebegini menyebabkan manusia merasa kita sedang menuju ke arah kemajuan tamadun .  Namun sebenarnya , perubahan masyarakat industri kepada masyarakat informasi tidak membawa kepada perubahan ketara . Perhubungan kuasa masih wujud antara pemerintah dengan pihak yang diperintah . Dominasi masih dilihat antara golongan elit dengan masyarakat biasa.   Tidak semua orang diberikan peluang yang sama dalam penggunaan Internet , salah satu teknologi baru dalam masyarakat informasi.


Adakah Wanita Benar – benar Tahu tentang Penggunaan Internet?

Situasi yang sama berlaku dari sudut gender . Penggunaan teknologi baru seperti Internet dikatakan boleh membawa kepada pengurangan kadar huruf dan peningkatan taraf pendidikan . Namun manfaat tersebut tidak dinikmat secara sama – rata antara lelaki dengan wanita . Dalam konteks penggunaan teknologi baru , masih wujud ketidakseimbangan dalam status gender.  

Persoalannya , adakah teknologi baru membawa kepada perubahan yang positif terhadap isu gender seperti kadar buta huruf dan kemiskinan yang tinggi dalam kalangan wanita ?Adakah  wanita benar – benar tahu bagaimana untuk menggunakan Internet bagi meningkatkan kedudukan sosial wanita ? Adakah wanita benar – benar bermanfaat dalam perubahan teknologi hari ini ? Mengapakah lelaki sentiasa dianggap sebagai pihak yang lebih berpakar dan sentiasa bermanfaat dalam penggunaan teknologi seperti Internet ?
            Gender dibentuk dalam konteks social dan budaya . Dengan kata lain , imej lelaki dan wanita dibentuk atas interaksi dan amalan sosial . Internet sebagai salah satu elemen dalam masyarakat informasi tidak akan digunakan secara neutral oleh lelaki dan wanita . Hal ini jelas dilihat dalam dua negara , iaitu Afrika dan Latin Amerika .

Afrika

            Berdasarkan buku yang diterbitkan oleh UNESCO “ Gender Issues in The Information Society ” , penggunaan Internet oleh wanita di Afrika jauh lebih rendah daripada lelaki . Di Afrika Selatan , kadar penggunaan Internet dalam kalangan wanita hanya 12% . Kadar buta huruf yang tinggi , kemisikinan dan status sosial rendah merupakan punca wanita Afrika gagal menguasai teknik penggunaan Internet . Komunikasi teknologi di Afrika didominasikan oleh golongan elit ,dan  kebanyakan mereka adalah lelaki . Imej dan stereotaip terhadap wanita menyebabkan wanita dianggap tidak sesuai atau berlayak menggunakan teknologi seperti Internet. Hal ini jelas menunjukkan walaupun masyarakat telah berubah kepada masyarakat informasi , wanita masih hidup dan dikawal di bawah kuasa lelaki .

Latin Amerika

            Keadaan yang berbeza berlaku di negara Latin Amerika . Pihak masyarakat amat mengutamakan prinsip keseimbangan gender dalam polisi pembangunan teknologi . Pada tahun 1990 , badan bukan kerajaan wanita ( Women’s NGO ) telah mula menggunakan emel . Mereka sentiasa berdebat dan mempersoalkan isu “ demokratik ” dalam konteks teknologi . Dengan penggunaan internet , badan bukan kerajaan wanita boleh mendapat informasi yang membantu mereka dalam pembangunan sosial dan politik wanita. Dari sini bolehlah kita melihat perjuangan wanita adalah amat aktif dalam masyarakat informasi negara tersebut dan ini telah membawa perubahan yang baik dalam kalangan wanita di Latin Amerika .

Bagaimana pula dengan wanita di negara Malaysia ?

            Dengan membandingkan kedua – dua negara , negara Malaysia dikatakan bersyukur kerana kadar penggunaan Internet dalam kalangan wanita agak tinggi . Berdasarkan statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia , pada tahun 2008 terdapat 48.1% wanita yang menggunakan Internet manakala kadar penggunaan Internet dalam kalangan lelaki ialah 51.9% .  Namun , kita masih perlu fikirkan situasi yang diutarakan tadi . Adakah wanita hari ini tidak mampu untuk menguasai teknik penggunaan teknologi ? Jawapannya tidak semestinya .

            Masyarakat informasi tidak akan mengubah nasib wanita tanpa usaha wanita sendiri . Janganlah kita terlalu gembira dengan khayalan bahawa teknologi akan membawa kepada kemajuan setiap insan . Apa yang tiada bezanya ialah stereotaip terhadap wanita oleh masyarakat masih belum dihapuskan . Wanita masih perlu memperjuangkan kedudukan sosial , politik ,dan  ekonominya.
  
                                                                      
                                                                         ANGIE CHO


Monday 8 October 2012

Teknologi dan Gender



Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi 3 komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Manakala menurut Webster's New World Dictionary, gender menggambarkan perbezaan antara lelaki dan wanita dari segi nilai dan langkah laku dan menurut Commenwealth of Learning pula, gender adalah istilah pelbagai perbezaan yang digunakan untuk menunjuk kepada ciri-ciri binaan secara sosial mengaitkan kepada cara hidup dan tingah laku lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya, kedua-dua perkara ini saling berkaitan rapat dan boleh menimbulkan isu-isu terutamanya dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana kedua-dua perkara ini sentiasa dalam kehidupan seharian.

Tujuan: 

1. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi komunikasi baru untuk membincang, mengupas dan melaporkan tentang isu-isu berkaitan yang mempunyai implikasi keatas masyarakat dan berkongsi dengan masyarakat dalam cara yang kreatif

2. Mengenalpasti permasalahan yang wujud dalam isu teknologi dan gender dari aspek tertentu.

3. Menyampaikan maklumat mengenai teknologi dan gender secara terperinci dan meluas.

Isu teknologi dan gender merupakan isu yang sentiasa berlaku dalam masyarakat. Akan tetapi, isu ini hanya diperjelaskan sekiranya berlaku hal atau permasalahan yang wujud dalam kehidupan seharian. Penjelasan yang jelas dan luas perlu bagi masyarakat memahami mengenai isu ini dari pelbagai sudut dan aspek.