Monday 8 October 2012

Teknologi dan Gender



Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi 3 komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Manakala menurut Webster's New World Dictionary, gender menggambarkan perbezaan antara lelaki dan wanita dari segi nilai dan langkah laku dan menurut Commenwealth of Learning pula, gender adalah istilah pelbagai perbezaan yang digunakan untuk menunjuk kepada ciri-ciri binaan secara sosial mengaitkan kepada cara hidup dan tingah laku lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya, kedua-dua perkara ini saling berkaitan rapat dan boleh menimbulkan isu-isu terutamanya dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana kedua-dua perkara ini sentiasa dalam kehidupan seharian.

Tujuan: 

1. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi komunikasi baru untuk membincang, mengupas dan melaporkan tentang isu-isu berkaitan yang mempunyai implikasi keatas masyarakat dan berkongsi dengan masyarakat dalam cara yang kreatif

2. Mengenalpasti permasalahan yang wujud dalam isu teknologi dan gender dari aspek tertentu.

3. Menyampaikan maklumat mengenai teknologi dan gender secara terperinci dan meluas.

Isu teknologi dan gender merupakan isu yang sentiasa berlaku dalam masyarakat. Akan tetapi, isu ini hanya diperjelaskan sekiranya berlaku hal atau permasalahan yang wujud dalam kehidupan seharian. Penjelasan yang jelas dan luas perlu bagi masyarakat memahami mengenai isu ini dari pelbagai sudut dan aspek.


No comments:

Post a Comment