Thursday 29 November 2012

Gangguan sexual di tempat kerja

Pada zaman sekarang, walaupun negara dan masyarakat kita sedang menuju ke arah pemodenan; fenomena kaum wanita ditindas, didera atau dibuli masih lagi berlaku dalam masyarakat kita. Masyarakat sekarang, termasuk kaum wanita masih berfikiran tradisional bahawa kaum wanita adalah subordinat kepada kaum lelaki. Segala keputusan harus dibuat oleh kaum lelaki dan kaum wanita bertanggungjawab untuk mematuhi keputusan tersebut. Pemikiran tersebut adalah selaras dengan pandangan Herbert Spencer yang menyatakan bahawa wanita adalah dalam kawalan lelaki dan kaum lelaki mengukuhkan fungsi wanita dalam masyarakat. Pandangan ini, dengan sama sekali telah mengabaikan sumbangan kaum wanita dalam keluarga dan masyarakat. Apakah kaum lelaki kalau tiadanya sokongan kaum wanita?

Pandangan tradisional ini berlanjut di tempat kerja kerana wanita pada masa kini masih dikaitkan dengan imej stereotype yang menyatakan bahawa kaum wanita mampu bekerja dan mencapai kejayaan dalam pekerjaan adalah disebabkan wajah atau pemakaian yang cantik dan bukannya disebabkan oleh kebolehannya. Fenomena ini berlaku disebabkan sumbangan besar daripada sistem komunikasi yang memaparkan wanita sebagai pihak yang lemah, pentingkan penampilan dan tidak berkebolehan seperti kaum lelaki. ‘Women are stereotyped as housewife, mother and the consumer of goods. They are always packaged as attractive, demure, passive and submissive as either mothers or sex-crazed women’. (Siew, S., Wang, L.K., 1996). Berdasarkan kajian yang dibuat dari tahun 2000 hingga tahun 2001, 35% of 1483 respondent pernah mengalami gangguan sekual di tempat kerja. Di Malaysia, 36% daripada seluruh pasaran tenaga kerja adalah kaum wanita. Walaupun peratusan tenaga kerja tidak sampai 50%, tetapi sumbangan kaum wanita dalam sektor pekerjaan tidak dapat dinafikan.  
Gangguan seksual merangkumi banyak aspek. Ganggual seksual boleh bersifat fizikal dan juga mental. Gangguan seksual secara fizikal termasuk tingkahlaku atau sentuhan yang bersifat atau berunsur seksual terhadap wanita tanpa keinginannya. Gangguan seksual secara mental pula termasuk penggunaan perkataan yang bersifat seksual semasa bertutur dengan wanita dan pemaparan gambar-gambar yang bersifat seksual dan tidak senonoh terhadap wanita tersebut. 



 Mengapakah berlakunya gangguan seksual di tempat kerja? Apakah penyebabnya? Salah satu penyebabkan kepada masalah ini ialah pemikiran dan pandangan tradisional terhadap wanita. Pada zaman dahulu, kaum wanita dilihat sebagai kaum yang tidak penting dalam penyumbangan terhadap pembangunan negara dan masyarakat. Menurut Auguste Comte dari sudut fungtionalis, wanita hanya berguna dalam peranan dan fungsinya dalam keluarga. Oleh itu, kedudukan wanita dalam masyarakat adalah inferior atau subordinat berbanding dengan lelaki. Disebabkan pandangan tersebut, wanita tidak dinilai berdasarkan sumbangannya terhadap sektor tenaga kerja tetapi masih dipandang sebagai kaum yang tidak berupaya dan merupakan alat yang dikawal oleh kaum lelaki yang lebih dominan.

Penyebab yang kedua adalah pemaparan kaum wanita dalam sistem komunikasi. Seperti yang kita tahu, media mampu membentuk realiti. Bahan-bahan yang dipaparkan dalam media mampu membentuk pemikiran dan mempengaruhi cara kita melihat sesuatu. Imej wanita yang dipaparkan dalam media selalunya adalah wanita harus berpenampilan dengan cara tertentu dan haruslah kelihatan cantik. Dalam filem dan drama, wanita selalu diberi watak yang lebih bersifat lemah dan memerlukan lindungan pihak lelaki. Selain itu karakter wanita dalam filem selalu diberi pekerjaan yang bersifat statik seperti pekerja dalam pejabat ataupun suri rumahtangga. Ada juga filem yang bertemakan wanita sebagai hero, tetapi karakter tersebut selalunya akan diiringi oleh ‘pembantu’ yang dimainkan oleh lelaki. Selain itu, karakter wanita ini akan selalunya dimainkan oleh wanita yang cantik dan seksi. Tambahan pula, bagi watak-watak yang bersifat negatif dan tidak penting selalunya akan dipegang oleh wanita yang tidak menarik atau tidak cantik.
Pemaparan ini terlibat pada semua peringkat dari bahan media untuk kanak-kanak hingga ke bahan media untuk dewasa. Bagi bahan media untuk kanak-kanak, mereka didedahkan kepada cerita dongeng yang memaparkan watak-watak yang baik dengan wajah yang cantik manakala watak yang tidak baik semuanya berupa tidak cantik. Contohnya, cerita dongeng Cinderella. Keadaan ini secara tidak langsung telah membentuk pemikiran bahawa sifat yang baik mestinya berkaitan dengan wajah yang cantik. Oleh itu, semua perempuan haruslah berpenampilan cantik. Bagi bahan media untuk dewasa pula, contohnya dalam filem The Dark Knight Rises, watak utama wanita dimainkan oleh wanita yang cantik dan seksi. Pemaparan ini telah mengeksploitasi badan wanita sehingga menyebabkan pembentukan pemikiran bahawa wanita adalah symbol seks. Pemaparan seperti itu tidak membantu dalam meningkatkan status wanita dalam masyarakat sebaliknya secara tidak langsung mendorong kepada kelakuan tidak hormat terhadap wanita. 


Untuk membanteras gangguan seksual di tempat kerja, wanita harus diperkasa. Kaum wanita haruslah berani mempertahankan diri jika berdepan dengan situasi sebegini. Pada zaman moden ini, tibalah masanya kaum wanita dilihat sebagai pihak yang berkuasa dan mampu menyumbang kepada pembangunan seperti kaum lelaki. Pandangan tradisional masyarakat terhadap peranan dan tanggungjawab kaum wanita haruslah diubah.
Media merupakan alat yang sangat berpengaruh dan jika digunakan dengan cara yang betul, kes-kes gangguan seksual dapat dikurangkan dan status wanita dalam masyarakat dapat dipertingkat. Media seharusnya digunakan untuk memperkasa wanita bukannya untuk mengeksploitasi kaum wanita demi keuntungan semata-mata. Oleh itu, kita haruslah bersikap kritikal semasa berdepan dengan produk-produk media dan bukannya menjadi konsumer yang hanya menerima apa sahaja produk yang dikeluarkan oleh media. 

Rujukan:
1. Wang, L.K and Siew, S. (1995). Do New Communication Technologies Improve The Status Of Women. An Asian Mass Communication Quarterly, Singapore. Page 74-78.
2.  Gangguan seksual di tempat kerja: Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar Johor Bahru, Johor. Dipetik pada 12 November 2012 dari, http://eprints.utm.my/2702/1/71958.pdf
3. National Express Malaysia, Sexual Harassment still a big big problem. Dipetik pada 12 November 2012 dari, http://national-express-malaysia.blogspot.com/2009/11/sexual-harassment-still-big-big-problem_14.html

Cally Low







Isteri atau hamba seks ?



Isteri berperanan sebagai hamba seks atau orang yang disayangi ?
Jika anda melihat dunia sekarang, wanita dilayan sebagai objek seks dalam majalah, TV dan mengapa tidak mereka dijadikani objek seks kepada suami mereka? Ia adalah sah dan diharuskan oleh Tuhan”.
Seorang isteri yang baik adalah pekerja seks yang baik bagi suami mereka”
Kenapa kita tidak mahu buat apa yang disuruh oleh Tuhan? Taat kepada suami”.


          Kelab isteri taat suami diperkenalkan oleh bekas pengikut kumpulan Al-Arqam dan kelab ini terbuka kepada isteri-isteri semua kaum dan tidak kira kepercayaan. Kelab ini mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara Malaysia. Kelab pertama dilancarkan di Jordan. Kini kelab tu sudah berada di Malaysia dan Indonesia. Khabarnya organisasi syarikat itu merancang untuk menubuhkan cawangan kelab yang sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa hadapan. Kelab tersebut ditubuhkan untuk  memenuhi tuntutan agama iaitu seorang isteri yang solehah perlu memenuhi empat kriteria yang digariskan dalam Islam iaitu sembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatan diri dan taat kepada suami.   




        “Apakah yang lebih buruk daripada bekerja sebagai seorang pelacur atau pun penari bogel? Mengahwini seorang lelaki kaya kerana wangnya, kemudian hamil dengan anak daripada lelaki lain sewaktu masih lagi bergelar isteri kepada lelaki kaya tersebut. Sekurang-kurangnya pelacur dan penari bogel jujur bahawa mereka menukarkan akses kepada tubuh mereka (selama beberapa minit) dengan wang lelaki. Berbanding dengan isteri yang terpaksa dilayan seperti pelacur oleh suami yang secara tidak jujur dan  sukarela.

Adakah hakikat ini adil ?

Bidadari istimewa atau pelacur kelas pertama?
          Penganjur Kelab Isteri Taat Suami mempertahankan langkah mereka dengan menggunakan badan wanita bagi menyelesaikan masalah curang dalam kalangan suami sambil menegaskan kaum isteri sebenarnya ‘bidadari istimewa’ bukan ‘pelacur kelas pertama’ yang disalahtafsir oleh sesetengah pihak. Isteri dilambangkan sebagai bidadari akibat layanan mereka yang baik kepada suami mereka. Bidadari dengan pelacur kelas pertama adalah istilah yang berbeza dari skop kerja. Layanan pelacur kelas pertama merupakan satu pekerjaan tetapi perkhidmatan layanan isteri pula merupakan satu kewajipan. Perkara tersebut telah menimbulkan masalah iaitu memandang rendah terhadap kedudukan wanita dan menganggapkan wanita sebagai alat seks kepada suami mereka




Manakah keadilan yang wanita dapat?

     Apakah ini bukan suatu penghinaan kepada isteri-isteri melayu beragama islam bila dirinya dianggap sebagai pelacur kelas pertama yang harus melayan keperluan  seks suami dan maka lahirlah sebuah kelab atau pertubuhan isteri setia taat  dan apakah selama ini ramai isteri yang tak setia kepada suami ? Isteri yang taat kepada suaminya tidak mempunyai balasan yang baik malah terpaksa menerima perbuatan suami yang melakukan poligami. Isu keadilan telah dipersoalkan dan wanita tidak mempunyai layanan yang sama taraf dengan lelaki .
Hakikatnya, suami dan isteri tidak akan pernah setaraf !!!

        Tahukah anda? Ketaatan wanita kepada suaminya adalah dalam rangka dan batasan ketaatan kepada Allah. Ianya bukanlah suatu ketaatan membuta tuli sehingga merelakan segala perbuatan suami walaupun ternyata suami telah berbuat kederhakaan terhadap Allah. 

         Pelbagai  kaunseling diberikan kepada isteri, suami, dan kedua-duanya sekali dengan tidak kira bangsa dan agama terutamanya ahli mereka untuk mengajarkan seseorang isteri perlu taat kepada suaminya dan juga membenarkan suaminya berpoligami kerana itu merupakan fitrah seorang suami. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian daripada Allah kepada mereka




       Dengan itu, gaya mendidik terhadap isteri perlu dipupuk dan ada batasannya. Sebagai manusia tidak patutlah melakukan perlakuan yang amat kasar terhadap pihak wanita dan berbezakan kedudukan seseorang dengan gender tertentu. Perkara ini akan menyebabkan ketidakadilan antara kedudukan wanita dan lelaki.

Keh Yee Thing

    

Teknologi Baru, Wajah Baru, Keyakinan Baru?!

        Saya ingin kelihatan seperti idola saya! Saya gemuk! Saya benci akan diri saya kerana tidak kelihatan seperti artis dalam kaca televisyen dan model dalam majalah! 
         Semua tersebut merupakan apa yang sering dibualkan oleh wanita hari ini. Pembedahan plastik kemudian merupakan alternatif utama untuk menyelesaikan semua masalah tersebut. Namun, apakah yang anda faham mengenai pembedahan plastik? Menurut Kamus Dewan dan Pustaka,  pembedahan plastik merupakan pembedahan yang dilakukan bagi membaiki atau memulihkan bahagian badan, terutamanya paras rupa dengan melakukan pembedahan tisu, sama ada untuk tujuan rawatan serta memulihkan kecacatan bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menarik. Dalam kata lain, pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu rekonstruktif dan kosmetik. Pembedahan rekonstruktif memberi peluang kepada individu untuk menjalani kehidupan normal manakala pembedahan kosmetik pula bertujuan bagi mengubah bentuk anggota badan mengikut keinginan dan kepuasan seseorang.

             
              Tambahan pula, dengan adanya teknologi yang canggih malah apa yang mustahil untuk dilakukan pada masa dahulu dapat dilakukan sekarang. Walaubagaimanapun, pembedahan komestik telah menjadi satu isu hangat pada masa ini. Ia menjadi semakin popular dan ini berkait rapat dengan media massa yang menyebarkan propaganda palsu bahawa setiap wanita harus memiliki paras rupa seperti artis-artis di kaca televisyen untuk menjadi wanita yang sempurna dan dipuja ramai.

 Pembedahan Kosmetik dipengaruhi oleh demam K-POP?



       Apabila berbicara mengenai kecantikan, budaya K-Pop tidak boleh lari daripada pembedahan kosmetik dan estetik yang semakin mendapat sambutan ramai sama ada dalam kalangan lelaki atau wanita. Di Korea, ibu bapa boleh menjanjikan anak perempuan mereka untuk menjalani pembedahan mata sekiranya lulus dalam peperiksaan untuk memasuki kolej. Di Apgujeong, Korea, ianya tidak sukar untuk mencari wanita muda yang membeli-belah di kedai serbaneka serta-merta selepas pembedahan dengan memakai topeng atau cermin mata hitam. “Korean women want a revolution with their face,” kata Dr.Park Sang Hoon, seorang pakar terkemuka pembedahan dua rahang. Malah, Korea menjadi negara kelapan daripada 25 negara di dunia dicatatkan pada 2010 menjalankan prosedur pembedahan kosmetik paling banyak iaitu 361,988sesi. Tambahannya, statistik tersebut telah menunjukkan peningkatan mendadak berbanding 10 tahun lalu yang mana Korea tidak pernah masuk dalam senarai 10 negara yang paling banyak menjalankan prosedur pembedahan kosmetik. Pembedahan plastik yang merupakan sesuatu yang popular di Amerika syarikat dan mula berkembang di Asia dengan negara Korea sebagai tunggak perubahan ini. Dalam pelaporan dalam Utusan Online pada tarikh 24 April 2012 menyatakan secara keseluruhannya mempunyai lebih 5.8 juta pembedahan plastik telah dilakukan di Asia pada 2010, manakala 4.5 juta lagi di Amerika Syarikat, dedah majalah Economist. Kebangkitan industri muzik pop Korea atau lebih dikenali sebagai K-Pop dipercayai menjadi faktor utama kepada peningkatan trend tersebut.

Siapakah yang menjadi ‘mangsa’ trend ini?
         ‘Hallyu’ yang bermaksud gelombang Korea yang bukan sahaja menjadi-jadi di negara Asia tetapi mula menembusi negara Barat. Oleh sedemikian, generasi Z  banyak terdedah kepada persekitaran komputer dan alat komunikasi seperti iPad, iPod atau MP3 player, komputer dan komputer riba yang merupakan teman seharian mereka turut terpengaruh dengan fenomena K-Pop ini. Hal ini boleh dijelaskan apabila pakar pembedahan plastik di Wonjin Plastic Surgery, Dr Park Won-jin berkata "Media massa dan internet mempunyai impak yang besar kepada pelajar. Golongan ini paling banyak terdedah kepada televisyen dan konsep ‘diskriminasi atau prasangka berdasarkan penampilan peribadi’ sudah ditanam dalam diri mereka sejak kecil”.



           Sesungguhnya mereka inginkan apa sahaja yang mereka nampak terutamanya bagi gadis belasan tahun mereka lebih senang dipengaruhi kerana belum cukup matang. Oleh sedemikian, paras rupa ‘artificial’ yang dipaparkan oleh media massa mula diingini oleh audiens kerana adalah begitu sempurna sehingga tiada cacat lela terutamanya artis korea yang kelihatan cantik walaupun tanpa solekan  merupakan idaman semua gadis dari semua linkungan umur. Namun, generasi Z lebih terpengaruh kerana terlalu banyak terdedah kepada internet. Menurut  Pengurus Kosmetik sebuah klinik estetik di Apgujeong-dong, selatan Seoul, beliau berkata bahawa kebanyakan pelanggan pembedahan plastik adalah pelajar sekolah tinggi tetapi kini trend berubah kerana lebih ramai pelajar sekolah menengah yang berumur 15 hingga 16 lebih mendapatkan perkhidmatan kami," Selain itu, terdapat suatu aliran baru di Korea iaitu pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah bukanlah satu perkara yang memalukan sebaliknya digalakkan. Malah, pelajar yang mempunyai ciri-ciri menarik hasil pembedahan plastik akan menjadi lebih popular di sekolah.Walaubagaimanapun, gaya ini mula bergerak ke negara Asia lain dengan pantas kerana banyak terdedah kepada bidang hiburan Korea.

Pembedahan plastik merangsang keyakinan?
         Sesungguhnya seseorang yang telah menjalani pembedahan plastik akan mempunyai wajah atau bentuk badan yang diingininya sehingga boleh didefinisikan sebagai sempurna jika pembedahan tersebut berjaya akan tetapi tiada satu jawapan yang tepat untuk menjawab sama ada dapat merangsang keyakinan melalui pembedahan plastik kerana terlalu subjektif. Sikap manusia sendiri dan cara seseorang individu membawa dirinya akan menentukan tahap keyakinan mereka. Golongan masyarakat mungkin akan memandang serong dan mengkritik mereka yang pernah menjalani pembedahan kosmetik kerana menganggap semua kecantikkan tersebut adalah palsu. Hal ini dapat dibuktikan apabila Leng Yein iaitu bekas peserta terakhir untuk Miss Malaysia mendapat sebanyak 65% respons yang negatif dalam blog dan Facebook selepas dia mengakui dirinya telah menjalani pembedahan plastik. Namun, Leng Yein berkata walaupun dia mempunyai muka dan payu dara yang palsu tetapi dia mempunyai personaliti yang benar. Ini menujukkan dia tidak ditundukkan oleh semua kritikan terhadapnya yang boleh memusnahkan keyakinan diri.



          Selain itu, seorang budak yang berumur 12 tahun dari Korea iaitu Lee Min Kyung tidak mempunyai keyakinan kerana mempunyai kelopak mata yang tunggal. Dia berasa dirinya hodoh kerana matanya sering diperkatakan oleh semua orang dan dia berpendapat jika menjalani pembedahan, masalah ini dapat diselesaikan kerana dapat memperoleh kelopak mata berganda dan meyebabkan dirinya kelihatan seperti orang putih.



        Bagi Min Kyung, pembedahan selama 20 minit ini amat berbaloi dari segi kos dan ketidakselesaan selepas pembedahan. Beberapa minggu kemudian, dia dan ibunya telah mengahantar e-mel untuk mengatakan dia gembira dengan wajah barunya dan dia tidak lagi hanya melihat kepada matanya yang ‘tidak sempurna’ tetapi sebagai seorang gadis yang cantik.
      Secara keseluruhannya, kajian telah menunjukkan orang ramai melaporkan bahawa kepuasan kian meningkat dengan bahagian badan mereka yang telah menjalani pembedahan plastik. Namun, wujudnya persoalan sama ada pembedahan plastik meningkatkan harga diri mereka, kualiti kehidupan, keyakinan diri dan hubungan interpersonal alam jangka masa yang panjang. 

 SUMBER:



Tay Yen Mei







Segregrasi Pekerjaan


          SIAPAKAH yang lebih berkaliber menjadi ketua, lelaki atau wanita? Jika ditanya kepada setiap individu pasti jawapan diberikan mereka berbeza-beza. Ada yang selesa bekerja di bawah ketua lelaki kerana andaian lelaki lebih tegas dan tidak beremosi malah ada juga memberikan pendapat sebaliknya.
Ada sesetengah wanita berpendapat kaum lelaki lebih layak memegang jawatan lebih tinggi berbanding mereka dan mereka tidak mempunyai masalah untuk mendengar arahan daripada kaum lelaki. Pada April 2010, satu kaji selidik Dartmouth dijalankan oleh pelajar jurusan sarjana mengenai Strategi Untuk Wanita Melayari Landskap Korporat Baru mendapati, 90 peratus pelajar wanita mengakui suka bekerja di bawah pengurus lelaki. Malah, uji kaji yang dijalankan ForbesWoman di facebook dan LinkedIn juga menunjukkan keputusan yang sama.

        Sungguhpun ada perlembagaan yang melarang perbuatan diskriminasi tetapi perbuatan ini masih diamalkan. Pada dasarnya, kesaksamaan hak dan peluang wanita di negara ini masih pada tahap rendah. Mengikut Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan pada 2001 menetapkan bahawa tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warga negara berasaskan gender. Semua pihak perlu memahami maksud kesaksamaan gender adalah memastikan kepentingan, keperluan dan keutamaan wanita dan lelaki diambil kira dan kepelbagaiannya diiktiraf serta dihormati.


            Isu segregrasi pekerjaan berdasarkan gender di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang kurang memuaskan. Kedudukan Malaysia dari segi kesaksamaan gender khususnya hak asasi manusia dan peluang pelbagai bidang dalam ranking indeks peringkat antarabangsa jauh ke belakang malahan semakin merosot, iaitu pada kedudukan 101 di kalangan 134 negara berbanding 92 (2007) dan 72 (2008). Indeks kesaksamaan hak dan peluang di Malaysia juga lebih rendah berbanding negara Asia lain contohnya Filipina pada kedudukan keenam, Sri Lanka (15) dan Vietnam (41).

            Langkah kerajaan mengumumkan supaya 30 peratus daripada jawatan korporat terpenting harus dipegang wanita bagi mencapai kesaksamaan gender 2016 adalah satu cadangan yang harus dipuji bagi mengurangkan jurang perbezaan jantina dalam syarikat. Walaubagaimanapun cadangan ini kurang dipersetujui oleh Dr George Lee Eng Geap iaitu pensyarah dan pakar urologi Universiti Monash Sunway. "sewajarnya kedudukan teratas dalam syarikat perlu diberi kepada individu berdasarkan merit dan bukannya gender. Selain itu media juga tidak harus memaparkan pencapaian wanita sebagai sesuatu yang luar biasa kerana akan menampakkan pencapaian mereka lebih rendah daripada lelaki. Sama seperti sistem kuota dalam dunia pekerjaan atau pendidikan"
Dr George Lee Eng Geap

“Wanita sama dengan lelaki dalam dunia pekerjaan”. Saya tidak faham mengapa perlu ada mana-mana kuota yang diberikan kepada mana-mana jantina, sekiranya mereka mampu melakukan tugas dengan baik, seharusnya jawatan itu diberikan kepada individu itu,” katanya yang berharap diskriminasi gender di tempat kerja tidak lagi dipakai pada hari ini. 


          Sungguhpun begitu, terdapat juga situasi di mana golongan lelaki yang tidak bekerja dan golongan perempuan yang keluar mencari nafkah untuk keluarga. Dr George yang berasal dari Kelantan memberitahu, ianya perkara biasa melihat wanita Kelantan bekerja dan menjadi ketua keluarga manakala lelaki bermain wau atau terbabit dengan aktiviti dikir barat dan pada masa sama menjaga anak.

         “Ini tidak bermakna lelaki Kelantan malas, tetapi ia lebih kepada budaya yang boleh diterima masyarakat apabila wanita keluar mencari wang. Tiada isu mengenai wanita sebagai ketua,” katanya yang mengakui wanita Kelantan mempunyai ciri-ciri pengendali wang yang baik serta mempunyai sikap positif dalam pekerjaan.


             Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan kira-kira 65 peratus atau 26,200 daripada 40,366 calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada 2009 adalah wanita. Sungguhpun begitu kenapa golongan lelaki masih menjadi pilihan untuk memegang jawatan tinggi?
             Menurut Datin Dr Low Pek See Pakar Perunding Kanak-kanak, beliau menyatakan dalam hal tertentu lelaki lebih baik menjadi ketua berbanding wanita. “Saya akui wanita adalah pelaksana tugas yang baik sama ada di rumah mahupun di pejabat. Namun tugas utama seharusnya diberikan kepada lelaki kerana mereka sangat fokus melakukan kerja. Sebaliknya, wanita sering dibimbangi dengan masalah rumah tangga seperti anak, suami serta tugas di rumah. Jadi dengan begitu banyak komitmen dikhuatiri mereka tidak mampu memberikan 100 peratus tumpuan di tempat kerja," katanya.

         “Namun sekiranya wanita diberi peluang dan bantuan untuk menguruskan kehidupan peribadi, mendapat sokongan keluarga serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk wanita di tempat kerja, tidak mustahil mereka boleh menjadi pemimpin yang baik. Ini kerana mereka bukan hanya menjalankan kerja di rumah tetapi menjadi ibu dan ketua yang berkesan di tempat kerja,”

Wan Hasmah Wan Mohamad

               Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohamad menyatakan, “Tidak mungkin sesebuah negara mampu mencapai kemajuan sekiranya wujud ketidakadilan atau ketidakseimbangan sosial khususnya antara wanita dan lelaki. Wanita membentuk separuh daripada kekuatan negara. Pada 2008, sebanyak 49 peratus penduduk Malaysia adalah wanita,” katanya.


Kesimpulannya disini, diskriminasi gender dalam peluang pekerjaan tidak seharusnya berlaku jika pemilihan pekerja adalah berdasarkan kemahiran, pengalaman dan kelayakan. Jika tiga perkara ini diamalkan, maka situasi diskriminasi dalam peluang pekerjaan tidak akan timbul.

Rujukan:

Nur Aina Rambelan





Sperma sebagai Manusia?


          Sperma merupakan sel pembiakan lelaki. Sperma hanya dapat bertahan dalam persekitaran yang hangat, iaitu dalam suhu badan. Apabila sperma seseorang lelaki telah meninggalkan badannya, jangka hayat sperma tersbebut akan berkurangan, menyebebkan kualiti sperma tersebut menurun dan menyebabkan sel sperma tersebut mati.


    Sperma mula-mula diperhatikan oleh Antonie van Leeuwenhoek pada tahun 1677 dengan menggunakan mikroskop. Beliau menyifatkan sel sperma sebagai animalcules (haiwan yang kecil). Beliau mengatakan bahawa sel sperma mengandungi manusia yang terbentuk sepenuhnya tetapi dalam saiz yang sangat kecil.
Menabung Sperma untuk Orang Lain?
        Bank sperma merupakan pusat yang mengumpul dan menyimpan sperma manusia daripada penderma sperma bagi tujuan mencapai kehamilan melalui permanian beradas ataupun inseminasi buatan (artificial insemidation). Pihak yang mendermakan sperma melalui cara ini dikenali sebagai penderma sperma (sperm donor).
 Perjalanan Sel Sperma dalam Bank Sperma
   Mula-mula sekali, penderma sperma akan ditempatkan di dalam bilik untuk menghasilkan sampel spermanya. Sampel sperma akan diletakkan dalam kit pengumpulan keutamaan (Priority Mail Overnight Collection Kit) selama satu malam.            


     Setelah itu, sel sperma akan dijalankan penyaringan (Screening Sample) untuk memastikan bahawa sperma adalah bebas daripada jangkitan penyakit kelamin dan kanser seperti HIV.Setelah sel sperma disahkan bebas daripada apa-apa jangkitan penyakit, sperma akan dikuarantinkan selama 6 bulan di dalam bilik pada suhu yang optimum sebelum diagihkan kepada penerima.

Dalam tempoh 6 bulan itu, sperma akan melalui proses pembekuan (cryopreservation), iaitu sperma akan diletakkan dalam suhu pada tahap 0 darjah celcius. Dalam proses ini, sperma juga akan diletakkan cecair ubat untuk mengelakkannya daripada sebarang ancaman bakteria. 

Tahukah anda? Sperma yang didermakan boleh disimpan selama 10 tahun dalam proses pembekuan??! Namun begitu, tempoh tersebut juga bergantung kepada keadaan sperma yang didermakan.


Faedah Bank Sperma
     Bank sperma membantu pasangan yang mandul untuk mendapatkan anak. Sel sperma yang didermakan akan disisipkan ke dalam faraj wanita untuk mendapatkan cahaya mata. Pasangan lesbian turut boleh mendapatkan cahaya mata melalui kaedah ini.
     Golongan lelaki juga boleh menggunakan kaedah ini untuk menjalankan pemeriksaan sel sperma mereka selain daripada menderma sperma mereka. Kaedah ini dapat membantu mereka untuk memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

Keburukan Bank Sperma
     Kekaburan tentang penderma sperma. Walaupun teknologi bank sperma membantu dalam menghasilkan cahaya mata, namun identiti penderma tidak diketahui oleh penerima sperma. Adakah anda berkemungkinan mengambil sperma ahli keluarga atau saudara mara anda?!
       Setiap penderma mempunyai jenis sperma yang berlainan keadaannya. Kadang-kala, sperma seseorang tidak dapat bertahan lama dalam proses pembekuan ataupun jenis ubat cecair yang dimasukkan. Oleh itu, sperma yang didermakan kepada penerima sperma berkemungkinan tidak dapat Berjaya menghasilkan cahaya mata.

Sumber
http://fertilityfile.com/2008/01/07/the-disadvantages-of-using-a-known-sperm-donor/

Mayple Ooi 


Tuesday 27 November 2012

Wanita Sebagai Tempat Untuk Lelaki Melepaskan Nafsu Dan Perasaan


     Hari ini, media banyak melaporkan isu-isu mengenai  keganasan terhadap wanita samada melibatkan kes dera, rogol atau bunuh. Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D11 Bukit Aman, Superintendan Ong Chin Lan berkata, setiap hari 10 wanita menjadi mangsa dera di negara ini namun itu hanya kes yang dilaporkan kepada polis, jadi tidak diketahui jumlah sebenar yang berkemungkinan jauh lebih tinggi. Mengapakah fenomena ini terus berlaku dan mengapa wanita sering dijadikan tempat untuk lelaki melepaskan nafsu dan perasaan mereka. Adakah kerana wanita dikatakan sebagai insan yang lemah dan lelaki dengan senang dapat mengambil kesempatan.



        Sebagai contoh, kes penderaan yang berlaku terhadap Isteri ‘jutawan’ rakyat Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem dimana beliau pernah dipaksa  untuk ‘beraksi’ melakukan hubungan kelamin di hadapan kamera web bersama suaminya untuk dipertontonkan kepada rakan internet lelaki itu dan dia turut diliwat oleh Elie, sebanyak dua atau tiga kali dalam seminggu selama mereka tinggal bersama dari Mei 2005 hingga Julai 2007. Menurut Farinnie(isteri), Elie juga pernah bertindak kasar dengan menarik rambutnya di khalayak ramai selepas kalah dalam perjudian semasa di Genting Highlands pada awal 2007 dan Elie juga  pernah menolak meja kearah perut Farinnie ketika dia sedang hamil enam bulan anak sulung mereka. Selain itu, Elie juga pernah membuat penganiayaan lain seperti penderaan secara seksual termasuk dipaksa melakukan hubungan kelamin dan diliwat ketika datang haid serta selepas pantang dari bersalin. Isterinya juga turut tidak dibenarkan keluar dari rumahkerana hanya Elie yang boleh memegang kunci rumah. 

Apa itu keganasan?
Keganasan ialah sebarang bentuk perlakuan yang mendatangkan bahaya, bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi melalui apa juga cara yang boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi terhadap wanita manakala Keganasan terhadap wanita pula adalah perbuatan yang menganiayai wanita dalam pelbagai cara (bukan hanya fizikal), semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Malah, keganasan terhadap wanita juga meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya dan ia seolah-olah sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan ramai wanita menganggap itu adalah  cara hidupnya.





Jenis  Keganasan Terhadap Wanita

1. Keganasan Fizikal yang merangkumi perbuatan seperti memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang  dan menggunakan senjata kepada wanita. Juga perbuatan menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan. 

 
2. Keganasan Seksual iaitu sesuatu yang merangkumi apa juga perlakuan atau pertuturan secara berulangan, dilakukan sama ada secara fizikal, gerak isyarat atau ucapan berunsur seks seperti di tempat kerja. Ia termasuklah menyentuh tubuh, diajak berulang-ulang  untuk memenuhi temujanji secara paksa dan pujuk rayu supaya melakukan seks serta menggunakan gambar-gambar lucah di tempat kerja.



3.  Keganasan Sosial berlaku apabila wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapatkan sokongan luar. Malah wanita  ini juga akan dikongkong serta dilarang daripada keluar untuk bekerja atau mengetahui dunia luar.

4. Keganasan Kewangan pula melibatkan seseorang wanita yang dihalang secara paksa menggunakan hak mereka sendiri seperti gaji dan lelaki mengambil hak tersebut untuk kegunaan mereka sendiri. Ini menyebabkan wanita terpaksa menyimpan simpanan mereka secara senyap-senyap, tidak dapat membeli keperluan seharian mereka sendiri dan banyak bergantung hidup dengan orang lain. Selain itu, wanita juga dihalang untuk bekerja.

5. Keganasan Emosi dan Psikologi meliputi perbuatan seperti ugutan, penghinaan seperti caci maki dan kata-kata sindiran oleh lelaki. Walaupun wanita tidak mengalami sebarang bentuk kesan luka yang boleh dilihat dengan mata kasar namun wanita boleh mengalami tekanan perasaan yang boleh menyebabkan mereka hilang upaya untuk mengawal emosi secara normal dan menyebabkan mangsa  berpotensi besar melakukan sesuatu yang di luar kawalan seperti bunuh diri.


     Dalam hal ini , kita dapat lihat bahawa wanita dijadikan mangsa dalam pelbagai aspek samaada dari segi emosi, mental dan fizikalnya.  Dimanakah sebenarnya hak wanita jika hak mereka dicabuli oleh orang yang mereka percaya sepenuhya.

           Mengapa keganasan terhadap wanita ini terus berlaku??
      Keganasan  terhadap wanita ini berlaku disebabkan oleh wujudnya  Perbezaan Gender  dimana ianya berbeza dari segi  biologi di antara lelaki dan wanita seperti dari segi rupa bentuk, kromosom, hormon, alat kelamin dan sebagainya. Keganasan terhadap wanita sama seperti keganasan terhadap ‘gender’ dimana ia adalah keganasan yang tertumpu terhadap wanita kerana wujudnya ketidakseimbangan taraf lelaki dan wanita dalam masyarakat. Women´s Aid Organisation memberikan tafsiran keganasan terhadap wanita sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan lelaki iaitu wanita adalah golongan kelas kedua dan lelaki adalah golongan kelas pertama.  Golongan lelaki sanggup menjadikan wanita sebagai tempat untuk mereka melepaskan nafsu dan perasaan kerana mereka merasakan mereka adalah ketua dan wanita harus ikut apa yang disuruh. Malah lelaki juga menganggap bahawa wanita adalah lemah dan mereka tidak akan mampu untuk melawan, oleh sebab itu golongan wanita amat senang untuk disakiti. Walhal wanita adalah golongan yang sering melakukan kesilapan, dan hidupnya banyak bergantung kepada suami atau lelaki. Selain itu,  status wanita juga jauh lebih rendah daripada lelaki sehingga menyebabkan golongan lelaki berkuasa penuh terhadap wanita terutama apabila mereka bergelar suami isteri.  Lelaki juga merasakan bahawa mereka berhak menentukan hala tuju wanita atau isteri yang tidak mampu dan tidak boleh membuat keputusan sendiri dan ia kebanyakannya berlaku kepada wanita yang tidak berpendidikan dan hidupnya bergantung sepenuhnya terhadap suami. Oleh sebab itu, lelaki senang untuk mengambil kesaempatan keatas mereka.  


     “Stop Hurting Us”



      Bagi menangani masalah terhadap wanita ini, pihak kerajaan telah menggubal beberapa akta-akta seperti  Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Kanun Keseksaan,  Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan  gangguan seksual. Ini penting bagi membela nasib golongan wanita yang sentiasa menjadi mangsa lelaki dan memberi hak dan kebebasan kepada mereka supaya mendapat kehidupan yang lebih sempurna.

        Selain itu, wujud juga beberapa agensi pendokong “feminisme” yang kebanyakakannya terdiri daripada wanita yang aktif dalam sistem PBB untuk menegakkan hak wanita. Golongan yang menjadi pendokong ‘Feminisma’ bermaksud mereka berusaha untuk mengubah ketidaksamaan dalam hubungan kuasa lelaki dan wanita yang telah pun wujud sejak  turun temurun. Oleh itu, mereka mempunyai pendekatan tersendiri dalam menganalisa permasalahan wanita dan penentuan penyelesaiannya. Mereka berpendapat bahawa punca utama masalah wanita ialah chauvinisma kaum lelaki yang suka kaum wanita berada di bawah penguasaan mereka dan dalam bentuk yang lebih buruk akan berlaku penindasan, kezaliman dan diskriminasi terhadap kaum wanita. Oleh sebab itu, perjuangan golongan ini sentiasa berasaskan usaha gigih untuk memberikan ‘kuasa’ kepada wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri, menuntut penggubalan undang-undang yang akan memelihara hak tersebut, merubah budaya atau ajaran agama yang dirasakan telah ‘menindas’ wanita.

SUMBER           
1-      slaid keganasan terhadap wanita dari perspektif gender


NURUL SHYAZWANIE BTE ZAINUN @ MOHAMAD