Friday 26 October 2012

Penggunaan Internet dalam kalangan wanita di Afrika dan Latin Amerika


Pernahkah anda fikirkan situasi berikut :

( a) Pekerja wanita yang mengalami masalah tidak dapat akses kepada Internet sentiasa memerlukan bantuan daripada pekerja lelaki lain .  

(b) Kerja teknikal sentiasa dilakukan oleh pihak lelaki .  

(c) Dalam kalangan kawan – kawan anda , lelaki sentiasa merupakan “ pakar ” dalam penggunaan komputer. 


Kemunculan Masyarakat Informasi
Kemunculan Internet dalam abad ke – 20 telah mengisytiharkan manusia telah menjejak diri ke masyarakat yang baru iaitu masyarakat informasi .  Masyarakat kini penuh dengan informasi dan maklumat yang mudah didapati dan mudah dicari . Khayalan sebegini menyebabkan manusia merasa kita sedang menuju ke arah kemajuan tamadun .  Namun sebenarnya , perubahan masyarakat industri kepada masyarakat informasi tidak membawa kepada perubahan ketara . Perhubungan kuasa masih wujud antara pemerintah dengan pihak yang diperintah . Dominasi masih dilihat antara golongan elit dengan masyarakat biasa.   Tidak semua orang diberikan peluang yang sama dalam penggunaan Internet , salah satu teknologi baru dalam masyarakat informasi.


Adakah Wanita Benar – benar Tahu tentang Penggunaan Internet?

Situasi yang sama berlaku dari sudut gender . Penggunaan teknologi baru seperti Internet dikatakan boleh membawa kepada pengurangan kadar huruf dan peningkatan taraf pendidikan . Namun manfaat tersebut tidak dinikmat secara sama – rata antara lelaki dengan wanita . Dalam konteks penggunaan teknologi baru , masih wujud ketidakseimbangan dalam status gender.  

Persoalannya , adakah teknologi baru membawa kepada perubahan yang positif terhadap isu gender seperti kadar buta huruf dan kemiskinan yang tinggi dalam kalangan wanita ?Adakah  wanita benar – benar tahu bagaimana untuk menggunakan Internet bagi meningkatkan kedudukan sosial wanita ? Adakah wanita benar – benar bermanfaat dalam perubahan teknologi hari ini ? Mengapakah lelaki sentiasa dianggap sebagai pihak yang lebih berpakar dan sentiasa bermanfaat dalam penggunaan teknologi seperti Internet ?
            Gender dibentuk dalam konteks social dan budaya . Dengan kata lain , imej lelaki dan wanita dibentuk atas interaksi dan amalan sosial . Internet sebagai salah satu elemen dalam masyarakat informasi tidak akan digunakan secara neutral oleh lelaki dan wanita . Hal ini jelas dilihat dalam dua negara , iaitu Afrika dan Latin Amerika .

Afrika

            Berdasarkan buku yang diterbitkan oleh UNESCO “ Gender Issues in The Information Society ” , penggunaan Internet oleh wanita di Afrika jauh lebih rendah daripada lelaki . Di Afrika Selatan , kadar penggunaan Internet dalam kalangan wanita hanya 12% . Kadar buta huruf yang tinggi , kemisikinan dan status sosial rendah merupakan punca wanita Afrika gagal menguasai teknik penggunaan Internet . Komunikasi teknologi di Afrika didominasikan oleh golongan elit ,dan  kebanyakan mereka adalah lelaki . Imej dan stereotaip terhadap wanita menyebabkan wanita dianggap tidak sesuai atau berlayak menggunakan teknologi seperti Internet. Hal ini jelas menunjukkan walaupun masyarakat telah berubah kepada masyarakat informasi , wanita masih hidup dan dikawal di bawah kuasa lelaki .

Latin Amerika

            Keadaan yang berbeza berlaku di negara Latin Amerika . Pihak masyarakat amat mengutamakan prinsip keseimbangan gender dalam polisi pembangunan teknologi . Pada tahun 1990 , badan bukan kerajaan wanita ( Women’s NGO ) telah mula menggunakan emel . Mereka sentiasa berdebat dan mempersoalkan isu “ demokratik ” dalam konteks teknologi . Dengan penggunaan internet , badan bukan kerajaan wanita boleh mendapat informasi yang membantu mereka dalam pembangunan sosial dan politik wanita. Dari sini bolehlah kita melihat perjuangan wanita adalah amat aktif dalam masyarakat informasi negara tersebut dan ini telah membawa perubahan yang baik dalam kalangan wanita di Latin Amerika .

Bagaimana pula dengan wanita di negara Malaysia ?

            Dengan membandingkan kedua – dua negara , negara Malaysia dikatakan bersyukur kerana kadar penggunaan Internet dalam kalangan wanita agak tinggi . Berdasarkan statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia , pada tahun 2008 terdapat 48.1% wanita yang menggunakan Internet manakala kadar penggunaan Internet dalam kalangan lelaki ialah 51.9% .  Namun , kita masih perlu fikirkan situasi yang diutarakan tadi . Adakah wanita hari ini tidak mampu untuk menguasai teknik penggunaan teknologi ? Jawapannya tidak semestinya .

            Masyarakat informasi tidak akan mengubah nasib wanita tanpa usaha wanita sendiri . Janganlah kita terlalu gembira dengan khayalan bahawa teknologi akan membawa kepada kemajuan setiap insan . Apa yang tiada bezanya ialah stereotaip terhadap wanita oleh masyarakat masih belum dihapuskan . Wanita masih perlu memperjuangkan kedudukan sosial , politik ,dan  ekonominya.
  
                                                                      
                                                                         ANGIE CHO


4 comments:

  1. bagi pendapat aku Dolce Ara, mmg kbnykkan pngaruh pnggunaan intrnt ini lbh bnyk dgnkn olh glngan elit....walaupon org biasa amai gak y gna, nmun kbnykkn xtau sngt fungsi penggunaan intrnt, just tau y basic je.....lg 1 majorti laki lbh tau pasai intrnt brbnding pompuan...sstengah org pompuan y mnt pasai IT je y tau lbh mngnai intrnt ni....

    ReplyDelete
  2. info yang menarik.. terima kasih sudi membaca blog kami..

    ReplyDelete
  3. saya kurang bersetuju dengan pandangan saudari hajar itu. ini adalah kerana internet pada zaman sekarang sudah mudah untuk diakses, kemana-mana sahaja kita pernah tidak kiralah kedai mamak, starbukks, shooping mall, malah di universiti, cyber cafe, menyebabkan ramai yg sudah pandai menggunakan internet. tambahan pula, gajet telefon pintar dan sebagainya sudah dimiliki oleh semua golngan. tambahan pula, golongan wanita yg memasuki IPTA dan IPTS lebih ramai daripada lelaki, justeru mereka sudah pandai menggunakan internet sedalam-dalamnya malah menjadikan fb, blog dan sebagainya untuk berbincang mengenai kerja rumah dan perkara-perkara penting. tambahan pula, revolusi bersih di malaysia juga, internet juga memainkan peranan yang besar sehingga berjayanya perhinpunan tersebut. sekian.

    ReplyDelete
  4. bagi pendapat saya tidak semua wanita yang tahu pasal internet dan tidak semua wanita yang tidak tahu pasal internet ni..contohnya dalam kalangan suri rumah,adakah mereka tahu tentang internet ini ? mungkin tidak bukan.. kalau mereka tahu pun itu mungkin daripada anak-anak mereka sebab selalu melayari internet dan ada laman sosial iaitu facebook..sesetengah suri rumah yang duduk di rumah hanya tahu internet itu hanyalah untuk facebook.. berbeza dengan golongan wanita yang berkerjaya..mereka mungkin tahu lebih banyak info dan cara penggunaan internet ini..itu tidak dapat dinafikan lagi kerana sekarang nie semua guna teknologi..
    maaf andai pendapat saya tidak ada kena mengena dengan tajuk anda...hehehe

    ReplyDelete