Sunday, 2 December 2012

Oooh....KOC WANITA!!!


Jaminan Keselamatan!!!
Adakah wanita pada hari ini masih terjamin dengan keselamatan yang diberikan..? Isu jaminan keselamatan bukanlah isu baru dalam kalangan kaum wanita terutamanya. Isu ini sentiasa diberitakan dan menjadi topik hangat sekiranya terdapat kes-kes yang berkaitan dengan jaminan keselamatan wanita. Walaupun jaminan keselamatan kaum wanita telah diperketatkan, jumlah kes berkaitan keselamatan wanita semakin meningkat dan adakah usaha-usaha berkaitan keselamatan yang dijalankan mampu menjamin dan membanteras kes-kes keselamatn yang berkaitan dengan wanita...? Adakah pihak-pihak yang mempertahankan isu keselamatan wanita berjaya melaksanakan usaha yang dijalankan...?

Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan operasi Koc Wanita pada 28 April 2010. Operasi Koc wanita ini diperkenalkan dengan tujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita terutamnya daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Gerabak yang bertemakan “Wanita Sahaja Sepanjang Masa” dikhaskan untuk kaum wanita adalah kerana statistik yang telah dijalankan oleh KTM mendapati sebanyak 60% penumpang komuter terdiri daripada golongan wanita. Lokasi Koc Wanita ini boleh dikenalpasti dengan pelekat khas yang berwarna merah jambu. Manakala, ketika berada di stesen keretaapi, para penumpang boleh mengenalpasti lokasi pemberhentian Koc Wanita melalu kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan merah jambu. 



Akan tetapi, sejak adanya operasi koc wanita ini, wujudnya isu seperti golongan lelalki yang turut sama menggunakan koc tersebut. Kebanyakkan golongan lelaki yang menggunakan koc tersebut terdiri daripada warga asing seperti Indonesia dan Bangladesh. Kesannya terhadap golongan wanita....
Adakah jaminan keselesaan dan keselamatan berjaya disampaikan kepada golongan wanita...?
Adakah kaum wanita selamat dalam koc tersebut...?

Golongan wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter berasa rimas dengan tindakan segelintir golongan leleaki yang tidak mengerti akan kegunaan koc wanita tersebut. Selain itu, golongan wanita juga beranggapan mereka masih lagi tidak selamat apabila terdapat segelintir golongan lelaki yang mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan yang tidak senonoh dalam koc tersebut,
Menurut pemantau Metroplus, kebanyakkan golongan lelaki yang menggunakan koc tersebut adalah warga asing manakala bagi golongan lelaki tempatan kebanyakkannya menggunakan koc tersebut pada waktu puncak ketika orang ramai pergi dan pulang bekerja. Bagi pengguna wanita, berhimpit dengan pengguna lelaki ketika menggunakan perkhidmatan komuter amat merimaskan dan boleh menyebabkan isu gangguan seksual seperti cabul dan raba.

Kes-kes seperti ini sememangnya benar-benar terjadi apabila akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Julai 2010 mengeluarkan artikel yang bertajuk “Wanita di koc KTMB merah jambu kena raba”. Wanita tersebut merupakan pengguna tetap KTM menghantar email kepada akhbar Utusan Malaysia untuk berkongsi pengalaman ngeri yang dialami ketika menaiki perkhidmatan tersebut. Antara pengalaman si mangsa, diekori dan diganggu oleh kaum lelaki yang tanpa segan silu melakukan perbuatan terkutuk tersebut.




Kini, isu berkaitan kaum lelaki menggunakan perkhidmatan koc wanita masih lagi wujud akan tetapi beberapa tindakan yang berkaitan telah diambil bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan secara berperingkat-peringkat dan dalam masa yang sama dapat mendidik masyarakat sama ada masyarakat tempatan dan warga asing supaya dapat membezakan kegunaan dan tujuan koc wanita tersebut. Antara langkah yang diambil oleh pihak KTMB ialah terdapatnya penjaga lelaki yang menjaga koc wanita di pintu gerabak dan ini jelas betapa bersungguhnya pihak  KTMB ingin menjaga keselamatan para wanita. Selain itu, terdapat juga polis bantuan lelaki dan wanita yang ditempatkan dalam koc tersebut bagi memastikan tiada isu-isu berkaitan dengan keselamatan wanita berlaku dan polis bantuan tersebut turut mengikuti perjalanan komuter tersebut sehingga ke stesen-stesen yang tertentu.

Akan tetapi, sejauhmana usaha yang dilakukan ini mampu bertahan...? Sampai bila kaum wanita perlu bergantung harap kepada penjaga koc wanita dan polis bantuan...? Masyarakat dan warga asing perlu dididik mengenai hal ini. Sekiranya isu ini dibiarkan, isu keselamatan wanita didalam koc wanita tidak aka nada jalan penyelesaiannya. Waega-warga asing dan individu yang bergelar lelaki tidak akan pernah faham tujuan terciptanya koc tersebut. Oleh hal yang demikian, tujuan asal pihak KTMB untuk memberi keselesaan dan jaminan keselamatan terhadap wanita ketika berada didalam komuter tidak akan tercapai.

NURUL AKMAR AMRAN

Perangi Jenayah Terhadap Wanita



Apakah punca menyebabkan jenayah terhadap wanita?
     Ramai yang mengatakan bahawa punca jenayah terhadap wanita pada hari ini disebabkan cara pemakaian wanita itu sendiri seperti pakaian yang menjolok mata. Pada tahun 2008, muslimat PAS memberitahu kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bahawa pakaian sekolah sekarang “seksi”  dan perlu segera dituukar pakaian sekolah tersebut kerana menyebabkan kes jenayah terhadap wanita meningkat tetapi Naib Presiden Hal Ehwal Wanita PKPIM Munirah Bahari menyatakan bahawa tidak ramai yang setuju dengan pendapat baju sekolah sekarang adalah “seksi” dan Datuk Seri Hishamammuddin Hussein juga menganggap pakaian sekolah kini tidak seksi.

          Tidak semestinya puncanya disebabkan pakaian wanita. Puncanya boleh juga berlaku disebabkan sikap kaum lelaki itu sendiri. Sikap lelaki yang sambil lewa, kurang didikan agama, ibu bapa yang mengabaikan anak – anak mereka dan serta sikap masyarakat yang mengabaikan keadaan sekeliling menyebabkan kaum wanita perlu berjaga – jaga sekiranya keluar dari kawasan rumahya.


Kempen Perangi Jenayah Terhadap Wanita
        Sebanyak 46 902 kes jenayah terhadap wanita telah direkodkan sejak 2007 sehingga Mac tahun ini, kata Timbalan Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kei. Disebabkan peningkatan statistik dan kes–kes jenayah terhadap wanita semakin berleluasa, semua pihak yang bertanggungjawab melaksanakan kempen jenayah yang sistematik supaya dapat membanteras dan mengurangkan kes–kes jenayah terhadap wanita pada masa kini.

 Contohnya: Kempen Keselamatan Wanita 2012 pada 9 November 2012 telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Selain itu, Sime Darby dan Reberry telah menaja tujuh kempen daripada 20. Selain daripada kempen, bengkel anti jenayah dan sesi dialog bersama Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Rukun Tetangga, juga menjalankan pameran–pameran berkaitan bagi membantu golongan wanita lebih peka dan berhati–hati terhadap aspek keselamatan diri.


        President PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah melancarkan  akaun laman sosial seperti Facebook untuk Wanita Malaysia mengenai jenayah setelah mendapat tahu bahawa kadar jenayah telah meningkat di Malaysia. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggunakan jalan yang mudah dengan menggunakan teknologi seperti laman sosial untuk mengurangkan kadar jenayah. Beliau berkata, dengan melancarkan satu kempen dengan menggunakan facebook untuk membanteras jenayah sebagai agenda nasional. Beliau menjemput semua kaum wanita untuk turut serta dalam kempen di halaman facebooknya iaitu “Ibu-ibu Malaysia Menentang Jenayah” di https://www.facebook.com/mumsXcrime. Laman facebook ini terbuka kepada semua kaum wanita dan boleh berkongsi idea seperti meletakkan video dan gambar-gambar yang boleh unutk berkerjasama menyedarkan rakyat Malaysia tentang isu keselamatan di dalam negara kita dan tidak lupa juga mengurangkan kadar jenayah di negara kita.


 Sumber

 Wan Siti Haniza Wan Izahar








Pelajar wanita vs pelajar lelaki di IPTA


       Kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia, dimonopoli oleh pelajar wanita, iaitu 65%, berbanding pelajar lelaki, sebanyak 35%. Kemasukan ke IPTA bagi sesi akedemik 2011/2012 sebanyak 65.5 % telah diisi oleh pelajar wanita seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi. Hal ini membimbangkan kerajaan Malaysia kerana keadaan itu tidak menggambarkan jumlah sebenar penduduk Malaysia mengikut jantina yang menyaksikan jumlah lelaki melebihi perempuan  iaitu seramai 14,379.9 juta berbanding 13, 870.6 juta mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2010.





Penyebab pelajar wanita monopoli universiti
         Kerajaan menyerapkan kurikulum sistem pendidikan negara dengan pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita yang merupakan penyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di IPTA. Sistem pendidikan Barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika Syarikat (AS) dimana pakar-pakar akademik mencari jalan penyelseaian untuk mengimbangi gender dalam pendidikan. Selain itu, budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran. Secara langsung, pengajaran lisan lebih membantu pelajar wanita berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaan memahami sesuatu subjek. Hal ini kerana, pelajar wanita lebih rajin membaca dan menghafal pelajaran berbanding pelajar lelaki yang lebih gemar kepada bidang-bidang yang tidak memerlukan banyak membaca dan menghafal seperti, kejuteraan, arkitek dan seni bina. 


Dimanakah pelajar lelaki ?
         Lelaki kini bertumpu di pusat serenti merupakan bilangan yang tinggi berbanding wanita. Hal ini kerana, sikap lelaki yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya menyebabkan mereka terjebak dengan gejala tidak sihat seperti merempit. Selain itu, sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogok dengan ‘belajar setakat lulus periksa’. Disamping itu, sistem pembelajaran yang lebih tertumpu kepada membaca dan menghafal tidak relevan dengan minat pelajar lelaki yang lebih gemarkan bidang teknikal.


Tindakan kerajaan
          Kerajaan tidak mahu golongan wanita berkelulusan tinggi mendominasikan sektor perkhidmatan awam mahupun swasta untuk mengelakkan pembangunan sumber manusia negara terjejas untuk jangka panjang. Kerajaan telah memperkenalkan sistem meritokrasi bagi kemasukan ke IPTA. Sistem meritokrasi yang telah dijalankan merupakan sistem diskriminasi kepada pelajar wanita untuk memasuki IPTA. Hal ini kerana, sistem ini meletakan prasyarat kepada bakal mahasiswa wanita lebih tinggi berbanding lelaki. PNGK pelajar wanita tinggi baru layak ke universiti berbanding dengan lelaki PNGK bawah daripada wanita. Kewujudan isu ini menyebab kerajaan ingin menukar silibus pendidikan untuk menarik perhatian pelajar lelaki. Silibus akademik kepada silibus teknikal dan vokasional seperti kejuruteraan, teknologi maklumat dan lain-lain yang melibatkan kemahiran.





Sumber

Siti Hawa Abdul Majid