Sunday 2 December 2012

Pelajar wanita vs pelajar lelaki di IPTA


       Kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia, dimonopoli oleh pelajar wanita, iaitu 65%, berbanding pelajar lelaki, sebanyak 35%. Kemasukan ke IPTA bagi sesi akedemik 2011/2012 sebanyak 65.5 % telah diisi oleh pelajar wanita seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi. Hal ini membimbangkan kerajaan Malaysia kerana keadaan itu tidak menggambarkan jumlah sebenar penduduk Malaysia mengikut jantina yang menyaksikan jumlah lelaki melebihi perempuan  iaitu seramai 14,379.9 juta berbanding 13, 870.6 juta mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2010.





Penyebab pelajar wanita monopoli universiti
         Kerajaan menyerapkan kurikulum sistem pendidikan negara dengan pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita yang merupakan penyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di IPTA. Sistem pendidikan Barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika Syarikat (AS) dimana pakar-pakar akademik mencari jalan penyelseaian untuk mengimbangi gender dalam pendidikan. Selain itu, budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran. Secara langsung, pengajaran lisan lebih membantu pelajar wanita berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaan memahami sesuatu subjek. Hal ini kerana, pelajar wanita lebih rajin membaca dan menghafal pelajaran berbanding pelajar lelaki yang lebih gemar kepada bidang-bidang yang tidak memerlukan banyak membaca dan menghafal seperti, kejuteraan, arkitek dan seni bina. 


Dimanakah pelajar lelaki ?
         Lelaki kini bertumpu di pusat serenti merupakan bilangan yang tinggi berbanding wanita. Hal ini kerana, sikap lelaki yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya menyebabkan mereka terjebak dengan gejala tidak sihat seperti merempit. Selain itu, sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogok dengan ‘belajar setakat lulus periksa’. Disamping itu, sistem pembelajaran yang lebih tertumpu kepada membaca dan menghafal tidak relevan dengan minat pelajar lelaki yang lebih gemarkan bidang teknikal.


Tindakan kerajaan
          Kerajaan tidak mahu golongan wanita berkelulusan tinggi mendominasikan sektor perkhidmatan awam mahupun swasta untuk mengelakkan pembangunan sumber manusia negara terjejas untuk jangka panjang. Kerajaan telah memperkenalkan sistem meritokrasi bagi kemasukan ke IPTA. Sistem meritokrasi yang telah dijalankan merupakan sistem diskriminasi kepada pelajar wanita untuk memasuki IPTA. Hal ini kerana, sistem ini meletakan prasyarat kepada bakal mahasiswa wanita lebih tinggi berbanding lelaki. PNGK pelajar wanita tinggi baru layak ke universiti berbanding dengan lelaki PNGK bawah daripada wanita. Kewujudan isu ini menyebab kerajaan ingin menukar silibus pendidikan untuk menarik perhatian pelajar lelaki. Silibus akademik kepada silibus teknikal dan vokasional seperti kejuruteraan, teknologi maklumat dan lain-lain yang melibatkan kemahiran.





Sumber

Siti Hawa Abdul Majid

No comments:

Post a Comment