Sunday 2 December 2012

Oooh....KOC WANITA!!!


Jaminan Keselamatan!!!
Adakah wanita pada hari ini masih terjamin dengan keselamatan yang diberikan..? Isu jaminan keselamatan bukanlah isu baru dalam kalangan kaum wanita terutamanya. Isu ini sentiasa diberitakan dan menjadi topik hangat sekiranya terdapat kes-kes yang berkaitan dengan jaminan keselamatan wanita. Walaupun jaminan keselamatan kaum wanita telah diperketatkan, jumlah kes berkaitan keselamatan wanita semakin meningkat dan adakah usaha-usaha berkaitan keselamatan yang dijalankan mampu menjamin dan membanteras kes-kes keselamatn yang berkaitan dengan wanita...? Adakah pihak-pihak yang mempertahankan isu keselamatan wanita berjaya melaksanakan usaha yang dijalankan...?

Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan operasi Koc Wanita pada 28 April 2010. Operasi Koc wanita ini diperkenalkan dengan tujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita terutamnya daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Gerabak yang bertemakan “Wanita Sahaja Sepanjang Masa” dikhaskan untuk kaum wanita adalah kerana statistik yang telah dijalankan oleh KTM mendapati sebanyak 60% penumpang komuter terdiri daripada golongan wanita. Lokasi Koc Wanita ini boleh dikenalpasti dengan pelekat khas yang berwarna merah jambu. Manakala, ketika berada di stesen keretaapi, para penumpang boleh mengenalpasti lokasi pemberhentian Koc Wanita melalu kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan merah jambu. 



Akan tetapi, sejak adanya operasi koc wanita ini, wujudnya isu seperti golongan lelalki yang turut sama menggunakan koc tersebut. Kebanyakkan golongan lelaki yang menggunakan koc tersebut terdiri daripada warga asing seperti Indonesia dan Bangladesh. Kesannya terhadap golongan wanita....
Adakah jaminan keselesaan dan keselamatan berjaya disampaikan kepada golongan wanita...?
Adakah kaum wanita selamat dalam koc tersebut...?

Golongan wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter berasa rimas dengan tindakan segelintir golongan leleaki yang tidak mengerti akan kegunaan koc wanita tersebut. Selain itu, golongan wanita juga beranggapan mereka masih lagi tidak selamat apabila terdapat segelintir golongan lelaki yang mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan yang tidak senonoh dalam koc tersebut,
Menurut pemantau Metroplus, kebanyakkan golongan lelaki yang menggunakan koc tersebut adalah warga asing manakala bagi golongan lelaki tempatan kebanyakkannya menggunakan koc tersebut pada waktu puncak ketika orang ramai pergi dan pulang bekerja. Bagi pengguna wanita, berhimpit dengan pengguna lelaki ketika menggunakan perkhidmatan komuter amat merimaskan dan boleh menyebabkan isu gangguan seksual seperti cabul dan raba.

Kes-kes seperti ini sememangnya benar-benar terjadi apabila akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Julai 2010 mengeluarkan artikel yang bertajuk “Wanita di koc KTMB merah jambu kena raba”. Wanita tersebut merupakan pengguna tetap KTM menghantar email kepada akhbar Utusan Malaysia untuk berkongsi pengalaman ngeri yang dialami ketika menaiki perkhidmatan tersebut. Antara pengalaman si mangsa, diekori dan diganggu oleh kaum lelaki yang tanpa segan silu melakukan perbuatan terkutuk tersebut.




Kini, isu berkaitan kaum lelaki menggunakan perkhidmatan koc wanita masih lagi wujud akan tetapi beberapa tindakan yang berkaitan telah diambil bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan secara berperingkat-peringkat dan dalam masa yang sama dapat mendidik masyarakat sama ada masyarakat tempatan dan warga asing supaya dapat membezakan kegunaan dan tujuan koc wanita tersebut. Antara langkah yang diambil oleh pihak KTMB ialah terdapatnya penjaga lelaki yang menjaga koc wanita di pintu gerabak dan ini jelas betapa bersungguhnya pihak  KTMB ingin menjaga keselamatan para wanita. Selain itu, terdapat juga polis bantuan lelaki dan wanita yang ditempatkan dalam koc tersebut bagi memastikan tiada isu-isu berkaitan dengan keselamatan wanita berlaku dan polis bantuan tersebut turut mengikuti perjalanan komuter tersebut sehingga ke stesen-stesen yang tertentu.

Akan tetapi, sejauhmana usaha yang dilakukan ini mampu bertahan...? Sampai bila kaum wanita perlu bergantung harap kepada penjaga koc wanita dan polis bantuan...? Masyarakat dan warga asing perlu dididik mengenai hal ini. Sekiranya isu ini dibiarkan, isu keselamatan wanita didalam koc wanita tidak aka nada jalan penyelesaiannya. Waega-warga asing dan individu yang bergelar lelaki tidak akan pernah faham tujuan terciptanya koc tersebut. Oleh hal yang demikian, tujuan asal pihak KTMB untuk memberi keselesaan dan jaminan keselamatan terhadap wanita ketika berada didalam komuter tidak akan tercapai.

NURUL AKMAR AMRAN

No comments:

Post a Comment