Pernahkah anda fikirkan situasi berikut :
( a) Pekerja wanita yang mengalami masalah tidak
dapat akses kepada Internet sentiasa memerlukan bantuan daripada pekerja lelaki
lain .
(b) Kerja teknikal sentiasa dilakukan oleh pihak
lelaki .
(c) Dalam kalangan kawan – kawan anda , lelaki
sentiasa merupakan “ pakar ” dalam penggunaan komputer.
Kemunculan
Masyarakat Informasi
Kemunculan Internet
dalam abad ke – 20 telah mengisytiharkan manusia telah menjejak diri ke
masyarakat yang baru iaitu masyarakat informasi . Masyarakat kini penuh dengan informasi dan
maklumat yang mudah didapati dan mudah dicari . Khayalan sebegini menyebabkan
manusia merasa kita sedang menuju ke arah kemajuan tamadun . Namun sebenarnya , perubahan masyarakat
industri kepada masyarakat informasi tidak membawa kepada perubahan ketara . Perhubungan
kuasa masih wujud antara pemerintah dengan pihak yang diperintah . Dominasi
masih dilihat antara golongan elit dengan masyarakat biasa. Tidak
semua orang diberikan peluang yang sama dalam penggunaan Internet , salah satu teknologi
baru dalam masyarakat informasi.
Adakah
Wanita Benar – benar Tahu tentang Penggunaan Internet?
Situasi yang sama
berlaku dari sudut gender . Penggunaan teknologi baru seperti Internet
dikatakan boleh membawa kepada pengurangan kadar huruf dan peningkatan taraf
pendidikan . Namun manfaat tersebut tidak dinikmat secara sama – rata antara
lelaki dengan wanita . Dalam konteks penggunaan teknologi baru , masih wujud
ketidakseimbangan dalam status gender.
Persoalannya , adakah teknologi baru membawa kepada
perubahan yang positif terhadap isu gender seperti kadar buta huruf dan
kemiskinan yang tinggi dalam kalangan wanita ?Adakah wanita benar – benar tahu bagaimana untuk
menggunakan Internet bagi meningkatkan kedudukan sosial wanita ? Adakah wanita
benar – benar bermanfaat dalam perubahan teknologi hari ini ? Mengapakah lelaki
sentiasa dianggap sebagai pihak yang lebih berpakar dan sentiasa bermanfaat dalam
penggunaan teknologi seperti Internet ?
Gender
dibentuk dalam konteks social dan budaya . Dengan kata lain , imej lelaki dan
wanita dibentuk atas interaksi dan amalan sosial . Internet sebagai salah satu
elemen dalam masyarakat informasi tidak akan digunakan secara neutral oleh
lelaki dan wanita . Hal ini jelas dilihat dalam dua negara , iaitu Afrika dan
Latin Amerika .
Afrika
Berdasarkan
buku yang diterbitkan oleh UNESCO “ Gender
Issues in The Information Society ” , penggunaan Internet oleh wanita di
Afrika jauh lebih rendah daripada lelaki . Di Afrika Selatan , kadar penggunaan
Internet dalam kalangan wanita hanya 12% . Kadar buta huruf yang tinggi ,
kemisikinan dan status sosial rendah merupakan punca wanita Afrika gagal
menguasai teknik penggunaan Internet . Komunikasi teknologi di Afrika
didominasikan oleh golongan elit ,dan kebanyakan mereka adalah lelaki . Imej dan
stereotaip terhadap wanita menyebabkan wanita dianggap tidak sesuai atau berlayak
menggunakan teknologi seperti Internet. Hal ini jelas menunjukkan walaupun
masyarakat telah berubah kepada masyarakat informasi , wanita masih hidup dan
dikawal di bawah kuasa lelaki .
Latin
Amerika
Keadaan
yang berbeza berlaku di negara Latin Amerika . Pihak masyarakat amat
mengutamakan prinsip keseimbangan gender dalam polisi pembangunan teknologi .
Pada tahun 1990 , badan bukan kerajaan wanita ( Women’s NGO ) telah mula menggunakan emel . Mereka sentiasa
berdebat dan mempersoalkan isu “ demokratik ” dalam konteks teknologi . Dengan
penggunaan internet , badan bukan kerajaan wanita boleh mendapat informasi yang
membantu mereka dalam pembangunan sosial dan politik wanita. Dari sini bolehlah
kita melihat perjuangan wanita adalah amat aktif dalam masyarakat informasi
negara tersebut dan ini telah membawa perubahan yang baik dalam kalangan wanita
di Latin Amerika .
Bagaimana
pula dengan wanita di negara Malaysia ?
Dengan
membandingkan kedua – dua negara , negara Malaysia dikatakan bersyukur kerana
kadar penggunaan Internet dalam kalangan wanita agak tinggi . Berdasarkan
statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia , pada tahun 2008
terdapat 48.1% wanita yang menggunakan Internet manakala kadar penggunaan
Internet dalam kalangan lelaki ialah 51.9% . Namun , kita masih perlu fikirkan situasi yang
diutarakan tadi . Adakah wanita hari ini tidak mampu untuk menguasai teknik
penggunaan teknologi ? Jawapannya tidak semestinya .
Masyarakat
informasi tidak akan mengubah nasib wanita tanpa usaha wanita sendiri .
Janganlah kita terlalu gembira dengan khayalan bahawa teknologi akan membawa
kepada kemajuan setiap insan . Apa yang tiada bezanya ialah stereotaip terhadap
wanita oleh masyarakat masih belum dihapuskan . Wanita masih perlu
memperjuangkan kedudukan sosial , politik ,dan ekonominya.
ANGIE CHO
bagi pendapat aku Dolce Ara, mmg kbnykkan pngaruh pnggunaan intrnt ini lbh bnyk dgnkn olh glngan elit....walaupon org biasa amai gak y gna, nmun kbnykkn xtau sngt fungsi penggunaan intrnt, just tau y basic je.....lg 1 majorti laki lbh tau pasai intrnt brbnding pompuan...sstengah org pompuan y mnt pasai IT je y tau lbh mngnai intrnt ni....
ReplyDeleteinfo yang menarik.. terima kasih sudi membaca blog kami..
ReplyDeletesaya kurang bersetuju dengan pandangan saudari hajar itu. ini adalah kerana internet pada zaman sekarang sudah mudah untuk diakses, kemana-mana sahaja kita pernah tidak kiralah kedai mamak, starbukks, shooping mall, malah di universiti, cyber cafe, menyebabkan ramai yg sudah pandai menggunakan internet. tambahan pula, gajet telefon pintar dan sebagainya sudah dimiliki oleh semua golngan. tambahan pula, golongan wanita yg memasuki IPTA dan IPTS lebih ramai daripada lelaki, justeru mereka sudah pandai menggunakan internet sedalam-dalamnya malah menjadikan fb, blog dan sebagainya untuk berbincang mengenai kerja rumah dan perkara-perkara penting. tambahan pula, revolusi bersih di malaysia juga, internet juga memainkan peranan yang besar sehingga berjayanya perhinpunan tersebut. sekian.
ReplyDeletebagi pendapat saya tidak semua wanita yang tahu pasal internet dan tidak semua wanita yang tidak tahu pasal internet ni..contohnya dalam kalangan suri rumah,adakah mereka tahu tentang internet ini ? mungkin tidak bukan.. kalau mereka tahu pun itu mungkin daripada anak-anak mereka sebab selalu melayari internet dan ada laman sosial iaitu facebook..sesetengah suri rumah yang duduk di rumah hanya tahu internet itu hanyalah untuk facebook.. berbeza dengan golongan wanita yang berkerjaya..mereka mungkin tahu lebih banyak info dan cara penggunaan internet ini..itu tidak dapat dinafikan lagi kerana sekarang nie semua guna teknologi..
ReplyDeletemaaf andai pendapat saya tidak ada kena mengena dengan tajuk anda...hehehe