Thursday 1 November 2012

Kecantikan & Gender (The Girl Who Didn't Want To Get Fat)


CANTIK DIAMBANG MAUT!!!

Aktres dan peragawati Perancis, Isabelle Caro yang mengalami Anoreksia dan gambarnya tampil secara mengejut dalam kempen iklan di Itali, meninggal dunia pada usia 28 tahun. Ketika ditemu-bual dalam rancangan televisyen The Insider, Caro mendedahkan tahap “kebencian” paling teruknya terhadap makanan menyebabkan berat badannya hanya tinggal 25 kilogram (kg) sehingga dia menghidap penyakit Anoreksia. Isu ini menunjukkan bahawa wanita sanggup kurus dan kelihatan cantik walaupun membawa maut. Kini, kecantikan sekarang tidak lagi semulajadi tetapi kecantikan telah diberi pemaknaan mengikut peredaran zaman melalui pengaruh teknologi.
Kita lihat pada  makna cantik!
MAKNA CANTIK
Makna cantik telah berubah melalui peredaran zaman. Setiap wanita mendambakan untuk cantik. Menurut sejarah, wanita diertikan cantik dari zaman Pemerintahan Rom adalah wanita yang bertubuh gemuk, wanita yang subur. Di Eropah, pada abad pertengahan kecantikan perempuan berkait dengan kesuburan dan kemampuan reproduksinya. Seterusnya pada abad ke-15 hingga 17, perempuan cantik dan seksi adalah mereka yang mempunyai perut dan pinggul yang besar serta dada yang montok. Menjelang abad ke-19 iaitu 1965, model Inggeris iaitu Twiggy yang kurus kerempeng menghentak dunia dengan tubuhnya yang tipis dan ringkih. Penampilan Twiggy bertujuan menunjukkan perempuan bukan sahaja dilihat cantik dari segi reproduksi tetapi dari segi tubuh badan yang kurus. Pandangan tentang cantik berubah bersama perkembangan teknologi. Di Barat, revolusi industri telah merubah konsep kecantikan dan  menyebabkan ramai wanita  terpengaruh dengan pemaknaan yang diberikan melalui media. WANITA YANG CANTIK, WANITA YANG KURUS.
Ideologi merupakan salah satu konsep biasa dalam kajian budaya popular. Dalam bukunya yang berjudul Teori Budaya dan Budaya Pop Memetakan Lanskap Konseptual Cultural Studies, John Storey (2004:4). Ideologi digunakan untuk menunjukkan adanya kesedaran palsu. Bermakna apa yang dikatakan oleh media adalah sesuatu yang tidak benar dan sudah diubah. Teks yang disampaikan oleh media menyebabkan wanita berfikir bahawa cantik adalah kurus melalui iklan yang disiarkan. Mereka sanggup untuk diet dan menghidap penyakit Anoreksia. Tidak ada media yang membuat iklan dengan menggunakan wanita gemuk sebagai model. Teknologi dan media massa terutamanya yang telah mengubah persepsi cantik dalam kalangan wanita. Sehingga mereka obses kepada kecantikan. Salah satu teknologi adalah pintasan gastrik iaitu dapat mentransformasikan tubuh dari obesiti kepada anoreksia. 

TEKNOLOGI PEMBEDAHAN PINTASAN GASTRIK?
Secara ringkas, pembedahan ini adalah untuk mengecilkan saiz perut dimana menjadikan perut lebih kecil dan membenarkan makanan mengelak melalui sebahagian usus kecil. Ini menjadikan seseorang itu lebih cepat kenyang dan mengurangkan makan serta pengambilan kalori. Dengan memintas usus menyebabkan hanya sedikit kalori yang diserap. Seseorang yang obesiti dan kurus ataupun yang sudah kurus tetapi ingin menjadi lebih kurus terpaksa mengambil risiko kesakitan seperti yang dialami oleh MALISSA JONES. Beliau merupakan wanita tergemuk di Britain dengan berat badan 215kg  dan menjalani pembedahan pada umur 17 tahun pada 2008,  telah mengalami penurunan berat badan secara mendadak. Namun, pembedahan yang dijalankan tidak membantunya untuk kelihatan kurus, sebaliknya beliau mendapat penyakit akibat tidak mengambil makanan dengan seimbang. Melalui pengakuan MALISSA ‘Saya bukannya suka-suka tak mahu makan banyak, tetapi saya lebih rela mati daripada memaksa diri saya makan dengan lebih banyak. Menelan setiap makanan itu amat menyakitkan dan sejumlah makanan yang kecil sahaja sudah mampu membuat perut saya kejang (kesakitan). Sekiranya saya diberi peluang, saya lebih rela kekal gemuk. Saya tidak mahu mengambil jalan mudah (pembedahan) semasa hendak menurunkan berat badan dahulu. Dan saya menasihati rakan-rakan di luar sana yang berhasrat hendak melakukan pembedahan untuk menurunkan berat badan agar melupakan sahaja hasrat itu, sebaliknya turunlah berat secara sihat”.
Ini membuktikan bahawa tidak semua cantik perlu kurus. Kerana ia menyebabkan kesakitan. Sedikit sebanyak, wanita akan lebih obses apabila muncul teknologi yang canggih seperti ini yang dapat merealisasikan impian wanita untuk kurus.
MEDIA MASSA
Media massa dikaitkan dengan memberi pengaruh pemaknaan cantik dalam kalangan wanita. Jika kita lihat, industri fesyen tanah air banyak memaparkan model-model yang kurus. Mencipta baju dan memperagakan baju adalah untuk wanita yang kurus sahaja. Jadi, apabila masyarakat terutama wanita melihat model yang kurus adalah cantik, maka model tersebut akan dijadikan ikon. Seperti yang berlaku pada akteres dan peragawati Perancis iaitu, Isabelle Caro yang mengalami Anoreksia dan gambarnya tampil secara mengejut dalam kempen iklan di Itali, telah meninggal dunia pada usia 28 tahun. Ketika ditemu bual dalam rancangan televisyen The Insider, Caro mendedahkan tahap “kebencian” paling teruknya terhadap makanan menyebabkan berat badannya hanya tinggal 25 kilogram (kg). 

Bidang fesyen membuatkan seseorang sanggup kurus. Mengapa? 
Kesinambungan daripada isu ini, Malaysia terutamanya harus punyai fokus dan pendekatan baru. Ini kerana, industri fesyen telah menyebabkan ramai wanita sanggup kurus untuk kelihatan cantik. Seperti mana Festival Fesyen Kuala Lumpur 2010 yang telah diadakan di Laman Wau Kompleks Kraf Tangan Kuala Lumpur yang memperagakan baju songket dan perhatian juga diberikan kepada model yang memperagakan pakaian ciptaan pereka fesyen tempatan. Kebanyakan model adalah wanita yang kurus dan tinggi selain cantik. Mereka terpaksa menguruskan badan dan menjaga kecantikan kerana ia adalah sebahagian tugas mereka. Lelaki pula, wajib tinggi dan tampan.
Jika matlamat pereka fesyen atau penaja untuk mempromosikan pakaian, mereka tidak sepatutnya mereka pakaian untuk diperagakan oleh model yang tinggi dan kurus sahaja. Tidak semua pengguna tinggi dan kurus. Inovasi daripada segi penukaran persepsi ini amat penting agar masyarakat tidak menjadi mangsa.


 SUMBER

                                                                SITI AISYAH IBRAHIM




5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat yang diberi..Untuk lebih memberi kefahaman anda, tujuan post ini adalah fokus kepada perkaitan antara teknologi dan gender.Memang tidak dinafikan bahawa,maklumat yang anda berikan adalah benar tetapi disini,post ini lebih menekankan kepada kesan teknologi terhadap golongan wanita.Kebanyakan masyarakat sekarang tidak sedar teknologi banyak mempengaruhi golongan wanita dalam segi pemaknaan terhadap kecantikan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam...Terima kasih atas kesudian saudara/saudari yang sudi membaca dan memberi komen terhadap post ini...Apa yang cuba disampaikan oleh penulis adalah makna kecantikan menerusi teknologi, bagaimana teknologi membawa makna, memberi pengaruh, mengubah pandangan dan impak kepada mana-mana individu mengenai kecantikan...Fokusnya hanya kepada TEKNOLOGI DAN KECANTIKAN...Terima kasih sekali lagi atas maklumat saudara/saudari dan pandangan dari sudut yang berbeza...Teruskan menyokong blog kami dan menyampaikan hujah-hujah yang menarik...Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflah kalau komen saya menyakiti mana2 pihak.. baiklah saya akan delete post saya tu. maaf.

      Delete