Thursday 29 November 2012

Gangguan sexual di tempat kerja

Pada zaman sekarang, walaupun negara dan masyarakat kita sedang menuju ke arah pemodenan; fenomena kaum wanita ditindas, didera atau dibuli masih lagi berlaku dalam masyarakat kita. Masyarakat sekarang, termasuk kaum wanita masih berfikiran tradisional bahawa kaum wanita adalah subordinat kepada kaum lelaki. Segala keputusan harus dibuat oleh kaum lelaki dan kaum wanita bertanggungjawab untuk mematuhi keputusan tersebut. Pemikiran tersebut adalah selaras dengan pandangan Herbert Spencer yang menyatakan bahawa wanita adalah dalam kawalan lelaki dan kaum lelaki mengukuhkan fungsi wanita dalam masyarakat. Pandangan ini, dengan sama sekali telah mengabaikan sumbangan kaum wanita dalam keluarga dan masyarakat. Apakah kaum lelaki kalau tiadanya sokongan kaum wanita?

Pandangan tradisional ini berlanjut di tempat kerja kerana wanita pada masa kini masih dikaitkan dengan imej stereotype yang menyatakan bahawa kaum wanita mampu bekerja dan mencapai kejayaan dalam pekerjaan adalah disebabkan wajah atau pemakaian yang cantik dan bukannya disebabkan oleh kebolehannya. Fenomena ini berlaku disebabkan sumbangan besar daripada sistem komunikasi yang memaparkan wanita sebagai pihak yang lemah, pentingkan penampilan dan tidak berkebolehan seperti kaum lelaki. ‘Women are stereotyped as housewife, mother and the consumer of goods. They are always packaged as attractive, demure, passive and submissive as either mothers or sex-crazed women’. (Siew, S., Wang, L.K., 1996). Berdasarkan kajian yang dibuat dari tahun 2000 hingga tahun 2001, 35% of 1483 respondent pernah mengalami gangguan sekual di tempat kerja. Di Malaysia, 36% daripada seluruh pasaran tenaga kerja adalah kaum wanita. Walaupun peratusan tenaga kerja tidak sampai 50%, tetapi sumbangan kaum wanita dalam sektor pekerjaan tidak dapat dinafikan.  
Gangguan seksual merangkumi banyak aspek. Ganggual seksual boleh bersifat fizikal dan juga mental. Gangguan seksual secara fizikal termasuk tingkahlaku atau sentuhan yang bersifat atau berunsur seksual terhadap wanita tanpa keinginannya. Gangguan seksual secara mental pula termasuk penggunaan perkataan yang bersifat seksual semasa bertutur dengan wanita dan pemaparan gambar-gambar yang bersifat seksual dan tidak senonoh terhadap wanita tersebut. 



 Mengapakah berlakunya gangguan seksual di tempat kerja? Apakah penyebabnya? Salah satu penyebabkan kepada masalah ini ialah pemikiran dan pandangan tradisional terhadap wanita. Pada zaman dahulu, kaum wanita dilihat sebagai kaum yang tidak penting dalam penyumbangan terhadap pembangunan negara dan masyarakat. Menurut Auguste Comte dari sudut fungtionalis, wanita hanya berguna dalam peranan dan fungsinya dalam keluarga. Oleh itu, kedudukan wanita dalam masyarakat adalah inferior atau subordinat berbanding dengan lelaki. Disebabkan pandangan tersebut, wanita tidak dinilai berdasarkan sumbangannya terhadap sektor tenaga kerja tetapi masih dipandang sebagai kaum yang tidak berupaya dan merupakan alat yang dikawal oleh kaum lelaki yang lebih dominan.

Penyebab yang kedua adalah pemaparan kaum wanita dalam sistem komunikasi. Seperti yang kita tahu, media mampu membentuk realiti. Bahan-bahan yang dipaparkan dalam media mampu membentuk pemikiran dan mempengaruhi cara kita melihat sesuatu. Imej wanita yang dipaparkan dalam media selalunya adalah wanita harus berpenampilan dengan cara tertentu dan haruslah kelihatan cantik. Dalam filem dan drama, wanita selalu diberi watak yang lebih bersifat lemah dan memerlukan lindungan pihak lelaki. Selain itu karakter wanita dalam filem selalu diberi pekerjaan yang bersifat statik seperti pekerja dalam pejabat ataupun suri rumahtangga. Ada juga filem yang bertemakan wanita sebagai hero, tetapi karakter tersebut selalunya akan diiringi oleh ‘pembantu’ yang dimainkan oleh lelaki. Selain itu, karakter wanita ini akan selalunya dimainkan oleh wanita yang cantik dan seksi. Tambahan pula, bagi watak-watak yang bersifat negatif dan tidak penting selalunya akan dipegang oleh wanita yang tidak menarik atau tidak cantik.
Pemaparan ini terlibat pada semua peringkat dari bahan media untuk kanak-kanak hingga ke bahan media untuk dewasa. Bagi bahan media untuk kanak-kanak, mereka didedahkan kepada cerita dongeng yang memaparkan watak-watak yang baik dengan wajah yang cantik manakala watak yang tidak baik semuanya berupa tidak cantik. Contohnya, cerita dongeng Cinderella. Keadaan ini secara tidak langsung telah membentuk pemikiran bahawa sifat yang baik mestinya berkaitan dengan wajah yang cantik. Oleh itu, semua perempuan haruslah berpenampilan cantik. Bagi bahan media untuk dewasa pula, contohnya dalam filem The Dark Knight Rises, watak utama wanita dimainkan oleh wanita yang cantik dan seksi. Pemaparan ini telah mengeksploitasi badan wanita sehingga menyebabkan pembentukan pemikiran bahawa wanita adalah symbol seks. Pemaparan seperti itu tidak membantu dalam meningkatkan status wanita dalam masyarakat sebaliknya secara tidak langsung mendorong kepada kelakuan tidak hormat terhadap wanita. 


Untuk membanteras gangguan seksual di tempat kerja, wanita harus diperkasa. Kaum wanita haruslah berani mempertahankan diri jika berdepan dengan situasi sebegini. Pada zaman moden ini, tibalah masanya kaum wanita dilihat sebagai pihak yang berkuasa dan mampu menyumbang kepada pembangunan seperti kaum lelaki. Pandangan tradisional masyarakat terhadap peranan dan tanggungjawab kaum wanita haruslah diubah.
Media merupakan alat yang sangat berpengaruh dan jika digunakan dengan cara yang betul, kes-kes gangguan seksual dapat dikurangkan dan status wanita dalam masyarakat dapat dipertingkat. Media seharusnya digunakan untuk memperkasa wanita bukannya untuk mengeksploitasi kaum wanita demi keuntungan semata-mata. Oleh itu, kita haruslah bersikap kritikal semasa berdepan dengan produk-produk media dan bukannya menjadi konsumer yang hanya menerima apa sahaja produk yang dikeluarkan oleh media. 

Rujukan:
1. Wang, L.K and Siew, S. (1995). Do New Communication Technologies Improve The Status Of Women. An Asian Mass Communication Quarterly, Singapore. Page 74-78.
2.  Gangguan seksual di tempat kerja: Kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar Johor Bahru, Johor. Dipetik pada 12 November 2012 dari, http://eprints.utm.my/2702/1/71958.pdf
3. National Express Malaysia, Sexual Harassment still a big big problem. Dipetik pada 12 November 2012 dari, http://national-express-malaysia.blogspot.com/2009/11/sexual-harassment-still-big-big-problem_14.html

Cally Low







No comments:

Post a Comment