Thursday 29 November 2012

Isteri atau hamba seks ?



Isteri berperanan sebagai hamba seks atau orang yang disayangi ?
Jika anda melihat dunia sekarang, wanita dilayan sebagai objek seks dalam majalah, TV dan mengapa tidak mereka dijadikani objek seks kepada suami mereka? Ia adalah sah dan diharuskan oleh Tuhan”.
Seorang isteri yang baik adalah pekerja seks yang baik bagi suami mereka”
Kenapa kita tidak mahu buat apa yang disuruh oleh Tuhan? Taat kepada suami”.


          Kelab isteri taat suami diperkenalkan oleh bekas pengikut kumpulan Al-Arqam dan kelab ini terbuka kepada isteri-isteri semua kaum dan tidak kira kepercayaan. Kelab ini mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara Malaysia. Kelab pertama dilancarkan di Jordan. Kini kelab tu sudah berada di Malaysia dan Indonesia. Khabarnya organisasi syarikat itu merancang untuk menubuhkan cawangan kelab yang sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa hadapan. Kelab tersebut ditubuhkan untuk  memenuhi tuntutan agama iaitu seorang isteri yang solehah perlu memenuhi empat kriteria yang digariskan dalam Islam iaitu sembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatan diri dan taat kepada suami.   




        “Apakah yang lebih buruk daripada bekerja sebagai seorang pelacur atau pun penari bogel? Mengahwini seorang lelaki kaya kerana wangnya, kemudian hamil dengan anak daripada lelaki lain sewaktu masih lagi bergelar isteri kepada lelaki kaya tersebut. Sekurang-kurangnya pelacur dan penari bogel jujur bahawa mereka menukarkan akses kepada tubuh mereka (selama beberapa minit) dengan wang lelaki. Berbanding dengan isteri yang terpaksa dilayan seperti pelacur oleh suami yang secara tidak jujur dan  sukarela.

Adakah hakikat ini adil ?

Bidadari istimewa atau pelacur kelas pertama?
          Penganjur Kelab Isteri Taat Suami mempertahankan langkah mereka dengan menggunakan badan wanita bagi menyelesaikan masalah curang dalam kalangan suami sambil menegaskan kaum isteri sebenarnya ‘bidadari istimewa’ bukan ‘pelacur kelas pertama’ yang disalahtafsir oleh sesetengah pihak. Isteri dilambangkan sebagai bidadari akibat layanan mereka yang baik kepada suami mereka. Bidadari dengan pelacur kelas pertama adalah istilah yang berbeza dari skop kerja. Layanan pelacur kelas pertama merupakan satu pekerjaan tetapi perkhidmatan layanan isteri pula merupakan satu kewajipan. Perkara tersebut telah menimbulkan masalah iaitu memandang rendah terhadap kedudukan wanita dan menganggapkan wanita sebagai alat seks kepada suami mereka




Manakah keadilan yang wanita dapat?

     Apakah ini bukan suatu penghinaan kepada isteri-isteri melayu beragama islam bila dirinya dianggap sebagai pelacur kelas pertama yang harus melayan keperluan  seks suami dan maka lahirlah sebuah kelab atau pertubuhan isteri setia taat  dan apakah selama ini ramai isteri yang tak setia kepada suami ? Isteri yang taat kepada suaminya tidak mempunyai balasan yang baik malah terpaksa menerima perbuatan suami yang melakukan poligami. Isu keadilan telah dipersoalkan dan wanita tidak mempunyai layanan yang sama taraf dengan lelaki .
Hakikatnya, suami dan isteri tidak akan pernah setaraf !!!

        Tahukah anda? Ketaatan wanita kepada suaminya adalah dalam rangka dan batasan ketaatan kepada Allah. Ianya bukanlah suatu ketaatan membuta tuli sehingga merelakan segala perbuatan suami walaupun ternyata suami telah berbuat kederhakaan terhadap Allah. 

         Pelbagai  kaunseling diberikan kepada isteri, suami, dan kedua-duanya sekali dengan tidak kira bangsa dan agama terutamanya ahli mereka untuk mengajarkan seseorang isteri perlu taat kepada suaminya dan juga membenarkan suaminya berpoligami kerana itu merupakan fitrah seorang suami. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian daripada Allah kepada mereka




       Dengan itu, gaya mendidik terhadap isteri perlu dipupuk dan ada batasannya. Sebagai manusia tidak patutlah melakukan perlakuan yang amat kasar terhadap pihak wanita dan berbezakan kedudukan seseorang dengan gender tertentu. Perkara ini akan menyebabkan ketidakadilan antara kedudukan wanita dan lelaki.

Keh Yee Thing

    

No comments:

Post a Comment