Sperma merupakan
sel pembiakan lelaki. Sperma hanya dapat bertahan dalam persekitaran yang
hangat, iaitu dalam suhu badan. Apabila sperma seseorang lelaki telah
meninggalkan badannya, jangka hayat sperma tersbebut akan berkurangan,
menyebebkan kualiti sperma tersebut menurun dan menyebabkan sel sperma tersebut
mati.
Sperma mula-mula diperhatikan oleh Antonie
van Leeuwenhoek pada tahun 1677 dengan menggunakan mikroskop. Beliau
menyifatkan sel sperma sebagai animalcules (haiwan yang kecil). Beliau
mengatakan bahawa sel sperma mengandungi manusia yang terbentuk sepenuhnya
tetapi dalam saiz yang sangat kecil.
Menabung Sperma untuk Orang Lain?
Bank sperma
merupakan pusat yang mengumpul dan menyimpan sperma manusia daripada penderma
sperma bagi tujuan mencapai kehamilan melalui permanian beradas ataupun
inseminasi buatan (artificial insemidation). Pihak yang mendermakan sperma
melalui cara ini dikenali sebagai penderma sperma (sperm donor).
Mula-mula sekali, penderma sperma akan
ditempatkan di dalam bilik untuk menghasilkan sampel spermanya. Sampel sperma
akan diletakkan dalam kit pengumpulan keutamaan (Priority Mail
Overnight Collection Kit) selama satu malam.
Setelah itu, sel sperma akan dijalankan
penyaringan (Screening Sample) untuk memastikan bahawa sperma adalah
bebas daripada jangkitan penyakit kelamin dan kanser seperti HIV.Setelah sel sperma disahkan bebas daripada
apa-apa jangkitan penyakit, sperma akan dikuarantinkan selama 6 bulan di dalam
bilik pada suhu yang optimum sebelum diagihkan kepada penerima.

Dalam tempoh 6 bulan itu, sperma akan
melalui proses pembekuan (cryopreservation), iaitu sperma akan
diletakkan dalam suhu pada tahap 0 darjah celcius. Dalam proses ini, sperma juga
akan diletakkan cecair ubat untuk mengelakkannya daripada sebarang ancaman bakteria.
Tahukah anda? Sperma yang didermakan boleh disimpan selama
10 tahun dalam proses pembekuan??! Namun begitu, tempoh tersebut juga
bergantung kepada keadaan sperma yang didermakan.
Faedah Bank Sperma
Bank sperma membantu pasangan yang mandul
untuk mendapatkan anak. Sel sperma yang didermakan akan disisipkan ke
dalam faraj wanita untuk mendapatkan cahaya mata. Pasangan lesbian
turut boleh mendapatkan cahaya mata melalui kaedah ini.
Golongan lelaki juga boleh menggunakan
kaedah ini untuk menjalankan pemeriksaan sel sperma mereka selain
daripada menderma sperma mereka. Kaedah ini dapat membantu mereka untuk
memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.
Keburukan
Bank Sperma
Kekaburan tentang penderma sperma.
Walaupun teknologi bank sperma membantu dalam menghasilkan cahaya mata, namun
identiti penderma tidak diketahui oleh penerima sperma. Adakah anda
berkemungkinan mengambil sperma ahli keluarga atau saudara mara anda?!
Setiap penderma mempunyai jenis sperma
yang berlainan keadaannya. Kadang-kala, sperma seseorang tidak dapat bertahan
lama dalam proses pembekuan ataupun jenis ubat cecair yang dimasukkan.
Oleh itu, sperma yang didermakan kepada penerima sperma berkemungkinan tidak
dapat Berjaya menghasilkan cahaya mata.
Sumber
http://fertilityfile.com/2008/01/07/the-disadvantages-of-using-a-known-sperm-donor/
Mayple Ooi
Egg freezing is today's fertility preservation method to store unfertilized eggs until you are ready to start a family.
ReplyDeleteEgg Freezing Cost(s)