Tuesday 6 November 2012

Perkahwinan Gay



Perkahwinan Gay ialah perkahwinan kaum sejenis dan juga dikenali sebagai perkahwinan antara pasangan Homoseksual. Homoseksual merupakan hubungan seks yang melibatkan kaum sejenis sama ada lelaki atau perempuan, tetapi masyarakat Barat memandang istilah Homoseksual secara berbeza. Mereka melihat Homoseksual sebagai hubungan yang melibatkan antara lelaki sahaja berbanding dengan istilah yang sebenarnya, yang turut merujuk kepada hubungan sesama perempuan. Pada masa kini, kegiatan Homoseksual sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian manusia. Menurut Wolfe (1992), identiti Gay dan Lesbian tidak dapat diterima oleh arus perdana dan sehingga menyebabkan gelaran diberikan kepada mereka  ditindas dan dipinggir serta tidak digalakkan dan dipermudahkan.
Adakah kegiatan homoseksual berlaku secara kongenital, iaitu bersifat “Gay” atau “Lesbian” yang diwarisi secara semula jadi atau dipengaruhi oleh persekitaran dan mengikut perasaan ingin tahu? Sebenarnya kegiatan Homoseksual berlaku bukan sekadar daripada individu, malah ianya juga berpunca daripada masalah keluarga, seperti kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa. Sebagai contoh, “Hubungan saya dengan ayah renggang sejak kecil kerana dia garang dan tanpa saya sedari, kekurangan kasih sayang ayah menyebabkan saya meminati lelaki lain.” kata lelaki homoseksual yang dikenali sebagai Badrul yang kini insaf dan kembali ke pangkal jalan. 

Perkembangan Teknologi Komunikasi & Saluran Media Massa

Pada adab ke-21, banyak informasi boleh didapatkan melalui teknologi komunikasi dan saluran media massa. Media massa mempunyai kuasa untuk mempengaruhi penilaian masyarakat terhadap sesuatu isu. Sebagai contoh, media massa luar dan dalam negara  memaparkan isu mengenai Ariff Alfian Rosli bekas pelajar tajaan Petronas yang dihantar ke United Kingdom untuk membuat A Level sebelum mengikuti pengajian praklinikal di Universiti College Dublin (UCD) didapati telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing, Jonathan.

Cara media massa di Ireland memaparkan isu perkahwinan Gay ini berbeza dengan cara media di Malaysia. Seperti yang diketahui umum, budaya Malaysia yang menentang cara hidup Homoseksual telah melaporkan berita yang dikatakan negatif mengenai Ariff Alfian Rosli. Sebagai contoh, “Perbuatan itu bukan saja salah daripada pandangan agama, malah menjadi kutukan kepada budaya sesebuah masyarakat bertamadun” (Harian Metro Online, 24 Dec 2011). Hal ini menyebabkan pembaca di Malaysia mempunyai pandangan yang negatif terhadap Ariff Alfian Rosli. Manakala media massa di Ireland yang turut melaporkan isu yang sama, tetapi menggunakan pendekatan yang belainan. Hal ini disebabkan budaya Homoseksual yang lebih umum di sana. Negara Barat mengiktiraf hak untuk mengamalkan gaya hidup songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual. Selain itu, kesan daripada laporan media massa dan budaya Malaysia juga menyebabkan Ariff Alfian Rosli menjadi takut untuk  pulang ke Malaysia.Returning home under the current situation is untenable . . . as I fear for my safety there,” Mr Rosli told The Irish Times. “My thoughts are with my family and friends in Malaysia. I never wanted this to become a major news story.”(22 Dec 2011, Irishtimes.com)
Negara tidak akan menjadi mundur jika golongan Gay dan Lesbian tidak diberi pengiktirafan undang-undang. Pemikiran baru yang menyongsang identiti Malaysia ini mungkin mendapat sokongan landskap antarabangsa berstatus liberal serta ingin mengganggu gugat masyarakat Malaysia yang tidak memisahkan agama dalam cara hidup.



Sumber 

5)      Wolfe, M. (1992), “Invisible women in invisible places: lesbians, lesbian bars, and the social production of people/environment relationships”, Architecture and Behaviour, Vol. 8 No. 2, pp. 137-58.

                                                                 TEO TZE CHEE 


No comments:

Post a Comment