Sunday 18 November 2012

Lelaki Mengandung ?




Adakah anda terkejut apabila melihat gambar ini? Anda pasti akan berasa sangat hairan terhadap kehamilan seseorang lelaki. Seseorang lelaki tidak mungkin akan hamil berdasarkan logik. Hal ini demikian kerana sains dan teknologi yang sedia ada masih tidak dapat membolehkan seseorang lelaki memiliki ovari dan rahim.

Sebenarnya, lelaki dalam gambar ini merupakan individu transgender. Beliau ialah Thomas Beatie. Ini bermaksud beliau merupakan wanita sebelum menjalani proses transgender. Kini, beliau mempunyai rahim dan juga zakar.



Transgender adalah istilah yang digunakan untuk mendiskripsikan seseorang yang melakukan, merasa, berfikir atau terlihat berbeza dari jenis kelamin yang ditetapkan saat mereka lahir. "Transgender" tidak menunjukkan bentuk spesifik ataupun dari orientasi seksual orangnya.

Thomas Beatie mendapatkan perhatian media selepas mengumumkan kehamilannya pada tahun 2007. Thomas Beatie mendapatkan sperma daripada penderma tanpa nama dan beliau mampu hamil kerana telah memelihara organ reproduktifnya. Thomas Beatie digelar sebagai ‘Pregnant Man’ kerana merupakan lelaki pertama yang hamil pada tahun 2008. Kini, beliau telah melahirkan 3 orang anak dengan isterinya, Nancy.  


Beliau sanggup mengandung bagi pihak isterinya, Nancy walaupun beliau merupakan seorang lelaki sekarang. Isteri beliau telah menjalani operasi pembedahan histerektomi iaitu membuang rahim dan serviks sebelum mereka berkahwin pada tahun 2003. Pasangan ini telah menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka. Isterinya, Nancy mula menjadi pemabuk dan Thomas telah diberikan jagaan tunggal kepada ketiga-tiga anak-anak mereka iaitu Austin, Jensen dan Susan.
 (Mail Online, 3 Sept 2012)


Kewujudan teknologi bagi individu yang menukarkan gender ini adalah satu perkara yang positif atau negatif yang harus dipersoalkan. Sebagai contoh, Thomas Beatie merupakan salah satu individu transgender yang secara semulajadi adalah perempuan tetapi beliau telah menukar alat kelamin selepas memahami identity diri sebagai seorang lelaki. Menurut Rider (2000), stereotaip gender dan pilihan jenis jantina adalah dipengaruhi oleh usia kanak-kanak, faktor persekitaran seperti sosialisasi, dan antara proses seperti memihak kepada satu jantina rakan-rakan apabila berada dalam kumpulan yang bercampur jantina. Adakah situasi ini mengaburkan orang ramai tentang gender identiti diri-sendiri? 



Cara kita mengenali badan kita adalah melalui imej badan kita. (Davy, 2011) Sesetengah individu mempunyai hormon wanita yang lebih berbanding dengan hormon lelaki sedangkan seks biologinya ialah lelaki. Perbuatan dan tingkahlaku individu tersebut akan lebih serupa kepada seseorang wanita. Individu tersebut mungkin akan menjalani pembedahan transgender iaitu prosedur menukar jantina kepada jantina yang dirasakan selesa dan mewakili identitinya. Teknologi telah membantu individu tersebut memperolehi keselesaan. Namun, media sentiasa memainkan peranan untuk membesar-besarkan isu transgender. Contohnya, seperti kes Jesse Chung, beliau merupakan individu transgender yang juga merupakan warganegara Malaysia. Jesse Chung adalah lelaki sebelum menjalani pembedahan menukar jantina. Perhubungan beliau dengan Joshua Beh yang tidak sah dan tidak diiktiraf oleh undang-undang dan agama ini telah dibesar-besarkan oleh pelaporan media, berita tentang perhubungan mereka telah menarik perhatian orang ramai. Pelaporan media mungkin menyebabkan orang ramai menanam sikap stereotaip serta diskriminasi terhadap mereka secara tidak langsung.


Di samping itu, Thomas Beatie terkenal dengan berita kehamilan dengan identitinya sebagai seorang lelaki. Hal ini demikian kerana media melaporkan serta memperbesarkan isu kehamilan lelaki yang pertama kepada seluruh dunia. Sekiranya beliau mengandung dengan identitinya sebagai wanita sebelum menjalani proses transgender, media akan mengambil berat tentang kehamilannya?

 Adakah media akan melaporkan kehamilan seseorang wanita? Jawapannya sangat ketara. Sebenarnya, media menitikberatkan nilai berita. Media hanya akan melaporkan sesuatu berita yang mempunyai nilai berita dan juga pemasaran iaitu sesuatu perkara yang mampu membangkitkan perasaan ingin tahu pembaca.  


P/S: Dalam dunia ini, kita mungkin sudah kabur dengan siapa ialah perempuan yang sebenar dan siapa ialah lelaki yang sebenar. Anda tahukah siapa anda?


Sumber

8. Rider,A.E. (2000). Our Voices: Psychology of Women United States of Amerika.Wadsworth.
9. Davy,Z. (2011). Recognizing Transsexuals: Personal,Political and Medicolegal Embodiment.England.Ashgate Publishing Limited


                                                                LOO CHOON LIN





No comments:

Post a Comment