Thursday 22 November 2012

Media, Teknologi dan Seks


Revolusi Seks



         Pada abad 13-an sehingga 16-an, penaakulan seksual Kristian telah diterima oleh masyarakat barat. Ia telah mempengaruhi budaya masyarakat pada masa tersebut dan juga dilindungi oleh undang-undang. Segala hal tentang seksual dikawal oleh Mahkamah Gereja untuk mengatasi masalah-masalah seksual seperti zina, liwat, dan pelacuran.

        Revolusi seks bermula pada abad 20-an, kesedaran seks terbuka semakin menjadi arus perdana dalam masyarakat. Aktiviti seksual manusia semakin terbuka dan menggantikan pemikiran seks tradisional.

       Sarjana-sarjana seksualiti telah menggalakkan kesedaran Revolusi Seks ini dengan cara yang berbeza. Sebagai contoh, Margaret Sanger( 1879-1966) telah menubuhkan “American Birth Control League” pada tahun 1922 untuk mendorong aktiviti kawalan kelahiran dan perancangan keluarga. Selain itu, Wilhelm Reich (1897-1957)  telah memulakan gerakan politik seks. Beliau melindungi hak seksual remaja dan ingin menghapuskan norma-norma seksual atau moraliti seksual.

       Tidak nafinya, Revolusi Seks juga menyumbang kepada tamadun-tamadun. Ia telah menyedarkan kita tentang mesej seks dan memecahkan norma-norma seks yang tidak diperlukan dan juga mendorong keseimbangan antara lelaki dan wanita.  Revolusi Seks ini telah mengalir ke negara-negara Asia serta seluruh dunia. Orang tidak lagi menentang pemikiran seks terbuka ini berbanding dengan zaman dahulu. 

Media dan Seks



   Media, teknologi dan seks mempunyai hubungan yang amat intim. Ketiga-tiga komponen ini saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun informasi atau maklumat seks semakin terbuka di kalangan masyarakat tetapi rakyat masih berasa janggal terhadap pendidikan seks manakala rakyat telah menyalahgunakan informasi seks ini dengan perkembangan teknologi. 

  Dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan pesat, terdapat banyak orang akan menggunakan kemudahan ini untuk menyebarkan informasi seks yang salah dan akan mempengaruhi permikiran remaja atau pengguna terhadap “seks” pada hari ini.

    Dalam pasaran hari ini, tidak susah atau halangan untuk kita mendapatkan novel lucah dan CD pornografi. Di negara Jepun, peniaga-peniaga telah mengeluarkan CD pornografi dalam bilangan yang banyak untuk memenuhi keperluan masyarakat. Atmosfera ini telah mengalir ke negara kita dan masyarakat kita telah muncul banyak CD haram. Pengaruh rakan-rakan juga salah satu faktor yang menyebabkan remaja menyentuhi bahan lucah tersebut. Dengan fenomena yang terbuka ini, remaja mempunyai permikiran yang salah tentang “seks”.

      Pada era teknologi ini, badan wanita dipamerkan melalui alat media seperti buku, televisyen, dan Internet yang mudah didapati oleh pengguna. Pengguna seperti remaja yang ketagihan dalam alatan lucah ini akan menyebabkan impuls seksualnya dan juga nilai-nilai terhadap seks. Dengan ini, darjah penerimaan terhadap “one night stand”, pelacuran, seks sebelum kahwin dan lain-lain semakin meningkat. Hal ini secara tidak nafinya berkaitan dengan peranan media di sesebuah masyarakat. 

Isi yang disebarkan oleh media ialah menekankan kecantikan wanita dan membentuk imej wanita yang lemah dan jangak manakala membentuk imej lelaki yang kuat dan berani. Selain itu, mesej yang disampaikan ialah maruah lelaki adalah daripada penaklukkan wanita.  Hal ini telah mengakibatkan normalisasi antara hubungan lelaki dan wanita.  

Isu Semasa



     Isu blog porno Alvin dan Vivian merupakan topik yang hangat pada hari ini. Menurut berita yang telah dilaporkan, penuntut National University of Singapore (NUS) telah memuatkan gambar dan video lucahnya di laman blog. Isu ini telah dilaporkan secara besar-besaran daripada akhbar-akhbar. Dalam temu duga mereka, Alvin dan Vivian mengatakan ingin berkongsi kehebatan cinta mereka dengan seluruh dunia dan tidak kisah pandangan orang lain terhadap mereka. Mereka juga akan meneruskan “aktiviti” untuk mendapat keseronokan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kelonggaran informasi seks dan kesesatan nilai-nilai terhadap cinta dan seks. 

Peranan Media 


     Media bertindak sebagai alat pengajaran untuk memberi kesedaran kepada audien mengenai isu seks dan pendidikan seks.Media harus membangunkan nilai-nilai seks yang tepat dan betul kepada masyarakat supaya mengurangkan gejala sosial seperti kes rogol, kebebasan seks dan lain-lain. 


           
Sumber:
1.     An Exploration of the Theology of Sex by Kwan, Kai-Man and Hung, Andrew T.W.



Wendy Hii Lizhen



No comments:

Post a Comment