Thursday 29 November 2012

Teknologi Baru, Wajah Baru, Keyakinan Baru?!

        Saya ingin kelihatan seperti idola saya! Saya gemuk! Saya benci akan diri saya kerana tidak kelihatan seperti artis dalam kaca televisyen dan model dalam majalah! 
         Semua tersebut merupakan apa yang sering dibualkan oleh wanita hari ini. Pembedahan plastik kemudian merupakan alternatif utama untuk menyelesaikan semua masalah tersebut. Namun, apakah yang anda faham mengenai pembedahan plastik? Menurut Kamus Dewan dan Pustaka,  pembedahan plastik merupakan pembedahan yang dilakukan bagi membaiki atau memulihkan bahagian badan, terutamanya paras rupa dengan melakukan pembedahan tisu, sama ada untuk tujuan rawatan serta memulihkan kecacatan bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menarik. Dalam kata lain, pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu rekonstruktif dan kosmetik. Pembedahan rekonstruktif memberi peluang kepada individu untuk menjalani kehidupan normal manakala pembedahan kosmetik pula bertujuan bagi mengubah bentuk anggota badan mengikut keinginan dan kepuasan seseorang.

             
              Tambahan pula, dengan adanya teknologi yang canggih malah apa yang mustahil untuk dilakukan pada masa dahulu dapat dilakukan sekarang. Walaubagaimanapun, pembedahan komestik telah menjadi satu isu hangat pada masa ini. Ia menjadi semakin popular dan ini berkait rapat dengan media massa yang menyebarkan propaganda palsu bahawa setiap wanita harus memiliki paras rupa seperti artis-artis di kaca televisyen untuk menjadi wanita yang sempurna dan dipuja ramai.

 Pembedahan Kosmetik dipengaruhi oleh demam K-POP?



       Apabila berbicara mengenai kecantikan, budaya K-Pop tidak boleh lari daripada pembedahan kosmetik dan estetik yang semakin mendapat sambutan ramai sama ada dalam kalangan lelaki atau wanita. Di Korea, ibu bapa boleh menjanjikan anak perempuan mereka untuk menjalani pembedahan mata sekiranya lulus dalam peperiksaan untuk memasuki kolej. Di Apgujeong, Korea, ianya tidak sukar untuk mencari wanita muda yang membeli-belah di kedai serbaneka serta-merta selepas pembedahan dengan memakai topeng atau cermin mata hitam. “Korean women want a revolution with their face,” kata Dr.Park Sang Hoon, seorang pakar terkemuka pembedahan dua rahang. Malah, Korea menjadi negara kelapan daripada 25 negara di dunia dicatatkan pada 2010 menjalankan prosedur pembedahan kosmetik paling banyak iaitu 361,988sesi. Tambahannya, statistik tersebut telah menunjukkan peningkatan mendadak berbanding 10 tahun lalu yang mana Korea tidak pernah masuk dalam senarai 10 negara yang paling banyak menjalankan prosedur pembedahan kosmetik. Pembedahan plastik yang merupakan sesuatu yang popular di Amerika syarikat dan mula berkembang di Asia dengan negara Korea sebagai tunggak perubahan ini. Dalam pelaporan dalam Utusan Online pada tarikh 24 April 2012 menyatakan secara keseluruhannya mempunyai lebih 5.8 juta pembedahan plastik telah dilakukan di Asia pada 2010, manakala 4.5 juta lagi di Amerika Syarikat, dedah majalah Economist. Kebangkitan industri muzik pop Korea atau lebih dikenali sebagai K-Pop dipercayai menjadi faktor utama kepada peningkatan trend tersebut.

Siapakah yang menjadi ‘mangsa’ trend ini?
         ‘Hallyu’ yang bermaksud gelombang Korea yang bukan sahaja menjadi-jadi di negara Asia tetapi mula menembusi negara Barat. Oleh sedemikian, generasi Z  banyak terdedah kepada persekitaran komputer dan alat komunikasi seperti iPad, iPod atau MP3 player, komputer dan komputer riba yang merupakan teman seharian mereka turut terpengaruh dengan fenomena K-Pop ini. Hal ini boleh dijelaskan apabila pakar pembedahan plastik di Wonjin Plastic Surgery, Dr Park Won-jin berkata "Media massa dan internet mempunyai impak yang besar kepada pelajar. Golongan ini paling banyak terdedah kepada televisyen dan konsep ‘diskriminasi atau prasangka berdasarkan penampilan peribadi’ sudah ditanam dalam diri mereka sejak kecil”.



           Sesungguhnya mereka inginkan apa sahaja yang mereka nampak terutamanya bagi gadis belasan tahun mereka lebih senang dipengaruhi kerana belum cukup matang. Oleh sedemikian, paras rupa ‘artificial’ yang dipaparkan oleh media massa mula diingini oleh audiens kerana adalah begitu sempurna sehingga tiada cacat lela terutamanya artis korea yang kelihatan cantik walaupun tanpa solekan  merupakan idaman semua gadis dari semua linkungan umur. Namun, generasi Z lebih terpengaruh kerana terlalu banyak terdedah kepada internet. Menurut  Pengurus Kosmetik sebuah klinik estetik di Apgujeong-dong, selatan Seoul, beliau berkata bahawa kebanyakan pelanggan pembedahan plastik adalah pelajar sekolah tinggi tetapi kini trend berubah kerana lebih ramai pelajar sekolah menengah yang berumur 15 hingga 16 lebih mendapatkan perkhidmatan kami," Selain itu, terdapat suatu aliran baru di Korea iaitu pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah bukanlah satu perkara yang memalukan sebaliknya digalakkan. Malah, pelajar yang mempunyai ciri-ciri menarik hasil pembedahan plastik akan menjadi lebih popular di sekolah.Walaubagaimanapun, gaya ini mula bergerak ke negara Asia lain dengan pantas kerana banyak terdedah kepada bidang hiburan Korea.

Pembedahan plastik merangsang keyakinan?
         Sesungguhnya seseorang yang telah menjalani pembedahan plastik akan mempunyai wajah atau bentuk badan yang diingininya sehingga boleh didefinisikan sebagai sempurna jika pembedahan tersebut berjaya akan tetapi tiada satu jawapan yang tepat untuk menjawab sama ada dapat merangsang keyakinan melalui pembedahan plastik kerana terlalu subjektif. Sikap manusia sendiri dan cara seseorang individu membawa dirinya akan menentukan tahap keyakinan mereka. Golongan masyarakat mungkin akan memandang serong dan mengkritik mereka yang pernah menjalani pembedahan kosmetik kerana menganggap semua kecantikkan tersebut adalah palsu. Hal ini dapat dibuktikan apabila Leng Yein iaitu bekas peserta terakhir untuk Miss Malaysia mendapat sebanyak 65% respons yang negatif dalam blog dan Facebook selepas dia mengakui dirinya telah menjalani pembedahan plastik. Namun, Leng Yein berkata walaupun dia mempunyai muka dan payu dara yang palsu tetapi dia mempunyai personaliti yang benar. Ini menujukkan dia tidak ditundukkan oleh semua kritikan terhadapnya yang boleh memusnahkan keyakinan diri.



          Selain itu, seorang budak yang berumur 12 tahun dari Korea iaitu Lee Min Kyung tidak mempunyai keyakinan kerana mempunyai kelopak mata yang tunggal. Dia berasa dirinya hodoh kerana matanya sering diperkatakan oleh semua orang dan dia berpendapat jika menjalani pembedahan, masalah ini dapat diselesaikan kerana dapat memperoleh kelopak mata berganda dan meyebabkan dirinya kelihatan seperti orang putih.



        Bagi Min Kyung, pembedahan selama 20 minit ini amat berbaloi dari segi kos dan ketidakselesaan selepas pembedahan. Beberapa minggu kemudian, dia dan ibunya telah mengahantar e-mel untuk mengatakan dia gembira dengan wajah barunya dan dia tidak lagi hanya melihat kepada matanya yang ‘tidak sempurna’ tetapi sebagai seorang gadis yang cantik.
      Secara keseluruhannya, kajian telah menunjukkan orang ramai melaporkan bahawa kepuasan kian meningkat dengan bahagian badan mereka yang telah menjalani pembedahan plastik. Namun, wujudnya persoalan sama ada pembedahan plastik meningkatkan harga diri mereka, kualiti kehidupan, keyakinan diri dan hubungan interpersonal alam jangka masa yang panjang. 

 SUMBER:



Tay Yen Mei







No comments:

Post a Comment